Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 October, 2011

JKKK perlu jadi contoh kepada JKKK lain dalam hal kebersihan kawasan


Caption: RASMI...Harden (tengah) sedang menyempurnakan simbolik pembuangan sampah bersama tetamu khas yang lain pada majlis itu.

SRI AMAN, Ahad (23 Okt) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menjadi contoh dalam hal ehwal penjagaan kebersihan terhadap lain-lain JKKK dalam kawasan mereka.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis berkata ia amat perlu agar aspek penjagaan kebersihan menjadi satu budaya di semua JKKK dalam negeri ini pada masa akan datang.

“Saya menyarankan agar sesebuah JKKK itu mengadakan kempen gotong-royong dan kebersihan sekurang-kurangnya sekali sebulan agar ia menjadi ikutan dikalangan lain-lain JKKK.

“Usaha seperti ini secara tidak langsung akan dapat membantu kerajaan merealisasikan matlamat untuk mewujudkan budaya hidup sihat dikalangan penduduk selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong – Royong anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibah, Sri Aman hari ini.

Selain itu usaha berkenaan kata Harden secara tidak langsung akan dapat membendung penularan wabak Demam Denggi dan Chikungunya yang disebarkan oleh spesis nyamuk Aedes.

“Justeru saya berharap agar JKKK tidak menunggu Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi kerajaan yang lain untuk turun padang menganjurkan kempen kebersihan di kawasan mereka mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah KEMAS Sarawak, Joseph Unsong, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, pengerusi pengelola majlis, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi MDSA, Kanselor Jimmy Chong dan ketua kaum di sini.

Program Gotong – Royong 2011 ini telah diserikan lagi dengan upacara hadiah cabutan nombor bertuah, penyampaian sumbangan, simbolik pembuangan sampah, penyerahan alat membuang sampah dan menanam pokok hiasan di masjid tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment