Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2011

JKKK perlu erat kerjasama dengan kerajaan - Harden


Caption: TERIMA KASIH...Harden (kanan) menerima cenderamata daripada Rebecca (kiri) sambil disaksikan oleh Peter (tengah) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.

SRI AMAN, Rabu (12 Okt) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) boleh mempertingkatkan tahap kemajuan kawasan penempatan masing-masing dengan mewujudkan kerjasam erat bersama kerajaan selepas ini.

Menteri Muda Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-10 Dan Pelancaran Biro Wanita JKKK Raman Nanang Dan Munggu Sabu di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

Kerajaan menerusi agensinya kata beliau boleh membantu JKKK mengenai langkah memajukan kawasan masing-masing selagi hubungan kerjasama erat antara kedua-dua pihak diteruskan dari masa ke semasa.

“Menerusi hasil bantuan kerajaan, sesebuah JKKK terbabit boleh bertindak menaiktaraf ekonomi dan sosial di kawasan penempatan masing-masing sesuai dengan hasrat kita untuk memajukan hidup rakyat di masa akan datang,” katanya.

Selain itu JKKK menurut beliau juga perlu memainkan peranan sebagai sebuah ‘jambatan’ yang menghubungkan kerajaan dan penduduk dalam kawasan masing-masing selepas ini.

Harden yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar berkata ia penting demi memastikan kemajuan berterusan dari segi pelbagai aspek dalam sesebuah kelompok rakyat pada masa kini.

“Pihak kerajaan tidak akan berupaya mendengar masalah rakyat sebelum melaksanakan sesebuah projek pembangunan terutama sekali yang berkaitan dengan projek peningkatan taraf hidup mereka tanpa penubuhan JKKK,” katanya.

Hadir ialah Penasihat JKKK Taman Nanang / Munggu Sabun, Hilarry Jugah, pengerusi JKKK iaitu Peter Finch, ketua biro wanita, Rebecca Sambai James Bada, para ahli JKKK dan pegawai kerajaan di sini.

Harden telah mengumumkan peruntukan bagi tahun hadapan bernilai RM5,000 kepada biro wanita JKKK berkenaan dengan majlis diserikan lagi menerusi acara penyampaian wang insentif, perasmian carta organisasi JKKK, memotong kek dan karaoke.

Tamat.

No comments:

Post a Comment