Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

Jambatan baru SK Nanga Klassen permudahkan hidup rakyat


Caption: UNTUK RAKYAT...Jambatan baru yang menghubungkan SK Nanga Klassen dan penduduk dari kampung berdekatan dari sebatang sungai sudah pun mula dinikmati oleh mereka pada masa sekarang.


SRI AMAN, Rabu (19 Okt) – Sebelum menjelang akhir tahun lepas, murid dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman mengalami dilemma berhubung keuzuran jambatan gantung yang merentasi sebatang sungai menuju ke sekolah terbabit.

Murid dan kakitangan guru terpaksa menggunakan jambatan gantung yang sudah uzur itu untuk menyeberangi Sungai Nanga Klassen jika mahu ke sekolah berkenaan pada setiap hari.

Sudah tentunya isu keselamatan nyawa murid dan kakitangan sekolah terbabit berhubung keuzuran jambatan gantung itu mewujudkan perasaan bimbang dikalangan ibubapa serta lain-lain pihak.

Lebih memburukkan keadaan sekolah terbabit pernah ditutup pada bulan Ogos tahun lepas apabila paras air Sungai Nanga Klassen meningkatkan mendadak disebabkan oleh hujan lebat tanpa henti hingga menenggelamkan jambatan gantung terbabit.

Namun mujurlah Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglass Jerukan memaparkan kisah terbabit di blog beliau sendiri sehingga ia menyebabkan pihak kerejaan bertindak membina sebuah jambatan baru sepanjang 200 meter bernilai lebih daripada RM400,000.

Kini para penduduk, murid dan kakitangan SK Nanga Klassen sudah pun menikmati kemudahan baru itu hasil usaha Menteri Muda Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Jambatan baru yang dilengkapi safety railing dan dua pier di tengah Sungai Nanga Klassen itu membolehkan kenderaan keluar masuk dan mengelak berlakunya masalah perhubungan disebabkan oleh banjir selepas ini.

Lebih mengembirakan ialah apabila Harden yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar mengumumkan peruntukan bernilai RM80,000 bagi membina kemudahan bekalan air bersih menuju ke sekolah berkenaan baru-baru ini.

Adalah amat diyakini bahawa segala masalah yang dihadapi oleh penduduk akan segera diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) selagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak terus diperkukuh dari masa ke semasa.

Terdahulu jambatan baru yang merentangi Sungai Nanga Klassen terbabit telah dirasmikan oleh Harden sambil disaksikan oleh Masir ketika berlangsungnya sebuah majlis di SK Nanga Klassen pada 14 Oktober lepas.

Tamat.





No comments:

Post a Comment