Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 October, 2011

IPD Betong adakan kawad bulan, penyampaian pangkat dan sijil penghargaan


Caption: TAHNIAH...Bukhori (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang anggota ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

BETONG, Sabtu (1 Okt) – Sejumlah 17 orang anggota polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong menerima sijil penghargaan menerusi majlis yang berlangsung di padang kawad IPD berkenaan kelmarin.

Mereka ialah Lans Kopral Zainuddin Abdullah, Kopral Fadzillah Abdul Kadir, Kopral Peni Gapor, Kopral Rozman Tahasan, Lans Kopral Shamshul Azhar Mohd Nor, Lans Kopral Rohana Rabaie, Kopral Bansing Aman, Lans Kopral Gilbert John, Kopral Abdul Rahim Junaidi dan Kopral Hipno Mahli.

Turut menerima sijil berkenaan ialah Sarjan Tarang Anting, Sarjan Chin Ah Mee, Lans Kopral Haminurrashid Abu Bakar, Lans Kopral Rahimi Ahim, Lans Kopral Charles Michael, Konstabel Jegan Eswaran dan Kopral Jackson Junlit.

Kesemua anggota polis terbabit menerima sijil berkenaan menerusi Upacara Perhimpunan Kawad Bulanan yang disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Betong iaitu DSP Bukhori Saffai.

Turut berlangsung ialah upacara pemakaian pangkat kopral terhadap lima orang anggota IPD Betong iaitu Kopral Yakup Pusa, Kopral Supatini Jiee, Kopral Sapiee Su, Kopral Sebastian Randy Kadam dan Kopral Gani Harun.

Terdahulu upacara berkenaan telah diadakan bersempena dengan perpindahan Bukhori ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk memegang jawatan Ketua Polis Daerah di situ bermula pada awal bulan Oktober ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment