Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2011

Fokuskan pembangunan biro pendidikan - Masir


Caption: SEMOGA BEROLEH BERKAT...(Dari kanan ke kiri) Lumpoi, Nyalau, Masir, Mong, Snowdan, Rayong, Tr Lanchum dan tetamu khas sedang menjulang minuman sebagai simbolik ucap selamat ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (3 Okt) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung atau JKKK dinasihat untuk memberi lebih banyak fokus terhadap pembangunan biro pendidikan rumah panjang, taman perumahan atau kampung masing-masing selepas ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata biro pendidikan adalah pemangkin penting bagi sesebuah rumah panjang atau kampung itu untuk melahirkan golongan modal insan berkualiti tinggi pada masa akan datang.

“Aspek pembangunan biro pendidikan tidak harus diabaikan. Ini kerana biro pendidikan memberi peluang kepada anak-anak menyambung pembelajaran mereka ke tahap lebih tinggi selepas itu.

“Atas sebab ini peruntukan Projek Kecil Luar Bandar atau MRP yang diberi oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kepada mereka selama ini perlu digunakan bagi tujuan pembangunan biro pendidikan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam anjuran JKKK Rumah Lanchum Dagang, Sungai Tenggang, Pantu di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Kewujudan biro pendidikan terbabit kata Masir secara tidak langsung juga akan membolehkan kerajaan merealisasikan hasrat mereka untuk melihat kelahiran lebih ramai tenaga kerja profesional selepas itu.

“Mereka ini adalah penyambung warisan kita untuk memajukan negeri dari segala aspek terutama sekali bagi tujuan pembangunan Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pengerusi Pengelola Majlis, Lumpoi Giseng, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu Menteri Muda Pelancongan, Datuk Mong Dagang ketika merasmikan majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM8,000 kepada JKKK Rumah Lanchum, Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman.

Turut sama mengumumkan peruntukan pada majlis itu ialah Masir (RM5,000 untuk JKKK, RM3,000 untuk biro wanita), Snowdan (RM5,000 JKKK, RM2,000 biro wanita), Rayong (RM3,000 untuk JKKK) dan Nyalau (RM3,000 untuk JKKK).

Tamat.

No comments:

Post a Comment