Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

BSA Road Warriors adakan program konvoi ke Pekan Lachau

Caption: UNTUK ALBUM...Patrick MD (tengah) ketika bersama (dari kiri sekali) Mahamad, Tahir, Harold dan Vyonnie ketika singgah di Pekan Lachau sempena program konvoi ke situ kelmarin.


PANTU, Selasa (18 Okt) – Penggemar motorsikal di Bandar Sri Aman sepatutnya berhenti melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram mulai sekarang demikian menurut kelab penunggung motorsikal berkuasa tinggi dari Bandar Sri Aman iaitu BSA Road Warriors.

Pengerusinya, Patrick Michael Dian berkata demikian ketika ditemui media pada Program Konvoi ke Pekan Lachau, Pantu, kira-kira 50 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman baru-baru ini.

Jelas beliau golongan terbabit sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti permotoran yang lebih berfaedah dan bukannya melakukan aktiviti menyalahi undang-undang hingga membahayakan nyawa diri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Mereka seharusnya melibatkan diri dalam mana-mana kelab atau kumpulan permotoran yang gemar melakukan aktiviti kebajikan sosial kerana ia boleh mendatangkan faedah terhadap diri mereka,” kata pemilik Syarikat MMD Sri Aman terbabit.

Selain itu Patrick juga menggesa orang ramai khasnya dari sekitar kawasan Sri Aman agar berhenti memandang negatif terhadap mana-mana kumpulan yang gemar menunggang motorsikal berkuasa tinggi.

“Kelab BSA Road Warriors misalannya terdiri daripada golongan professional. Justeru orang ramai tidak boleh menganggap kumpulan penunggung motorsikal berkuasa tinggi hanya terdiri daripada kumpulan samseng jalanan,” tegas beliau.

Terdahulu Kelab BSA Road Warrior kata beliau telah mengadakan Program Konvoi Ke Pekan Lachau, Pantu sebagai merupakan salah satu daripada aktiviti mereka pada waktu hujung minggu.

Program ini telah diketuai oleh beliau yang juga Ahli Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sambil disertai oleh Vyonnie Maclean Pugie (guru SMK Melugu), Mahammad Malek (guru SMK Melugu), Harold Law (peniaga) dan Mohammad Tahir Sebawie (guru SK Abang Aing).

“Kami juga bercadang mahu berbakti kepada kerajaan dengan membuka kaunter pendaftaran pengundi untuk orang ramai dari kawasan Sri Aman yang belum menjadi pengundi sekiranya diizinkan oleh mereka dalam masa terdekat kelak,” katanya.

Kewujudan Kelab BSA Road Warrior mula dikenali ramai setelah melibatkan diri dalam beberapa acara sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 pada bulan Julai lepas dengan menggunakan motorsikal berkuasa tinggi seperti Kawasaki VN dan Honda.

Kelab terbabit juga turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang iaitu Datuk Francis Harden Hollis kerana telah dilantik menjadi Muda Muda Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar pada rombakan kabinet lepas.

“Mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti anjuran Kelab BSA Road Warrior selepas ini boleh menghubungi Mohammad Tahir di Restoran Jom Makan, Sri Aman di talian telefon 019-8876059 atau di laman web facebook ahli kami,” katanya.

Tamat.








No comments:

Post a Comment