Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

Boyfriend kepada aweks bunuh bayi ditahan, lelaki rogol sepupu perempuan juga kena tahan


BETONG, Khamis (20 Okt) – Polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki kepada seorang pelajar yang bertindak kejam membunuh bayinya yang baru dilahirkan di sebuah di bilik asrama perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar, dekat sini dalam kejadian pada Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Supritendan Hendry Nyuhai berkata, lelaki tersebut ditahan di kediamannya di Rumah Panjang Muman, Ulu Layar pada pukul 5 petang pada hari Selasa lepas mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Polis terpaksa menyewa bot penduduk kampung dan menyusuri sungai selama lima jam untuk sampai ke rumah panjang berkenaan bagi menangkap suspek tersebut yang kini direman sehingga 26 Oktober ini,'' kata beliau.

Dalam kejadian Isnin lalu, bayi perempuan yang cukup sifat ditemui mati dengan lehernya dikelar manakala perutnya terburai dipercayai ditikam dengan pisau di bilik asrama perempuan di sekolah berkenaan.

Sementara itu dalam kejadian yang berasingan, pihak polis turut menahan seorang lelaki berusia 26 tahun kerana disyaki merogol  sepupunya perempuannya sendiri di kediamannya di Spaoh, Betong pada pagi hari Selasa lepas.

Nyuhai berkata mangsa berusia 17 tahun yang sedang sarat mengandung empat bulan itu dipercayai telah dirogol oleh saspek iaitu ke mangsa ke rumah saspek untuk meminjam cekera video digital (DVD) sebelum kejadian pada 10 pagi itu.

“Sebaik tiba di rumah tersebut, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori telah mengunci kesemua pintu kediamannya sebelum memeluk mangsa yang sudah berkahwin itu daripada arah belakang dan menariknya ke sebuah bilik lalu merogolnya.

“Selepas dirogol, mangsa kemudiannya bergegas kembali ke rumah lalu memaklumkan perkara tersebut kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis,” kata Nyuhai.

Susulan daripada laporan tersebut, pihak polis katanya telah melancarkan gerakan menangkap lelaki tersebut namun gagal memandangkan uspek telah pergi bekerja dan menghantar barang ke Sarikei.

``Kemudiannya sekitar pukul 8 malam pada hari yang sama, suspek telah berjaya ditahan di Pekan Spaoh oleh pihak polis ketika dia menunggang motosikal.

``Suspek ditahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan ditahan reman mulai kelmarin selama tujuh hari sebelum di dakwa ke mahkmah,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tamat.

No comments:

Post a Comment