Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

Berdiri teguh di belakang kerajaan - Masir

Caption: SERIUS...Masir ketika menyampaikan amanatnya pada Majlis Merarau SK Nanga Klassen baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (19 Okt) - Kerajaan tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sekiranya rakyat terus berdiri teguh dibelakang komponen parti BN Negeri.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata wajah pembangunan negeri pada hari ini adalah hasil sokongan rakyat terhadap Dasar Politik Pembangunan yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semenjak 30 tahun lalu.

“Menerusi Dasar Politik Pembangunan yang dibawa oleh Pehin Sri Taib, rakyat pada sekarang telah menikmati pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur serta peningkatan taraf hidup semenjak mereka menyokong kuat BN selama ini.

“Sokongan berterusan seperti inilah yang kita mahukan daripada rakyat supaya kerajaan dapat terus merangka serta melaksanakan pelan pembangunan di semua kawasan dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Baru dan Majlis Merarau bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman baru-baru ini.

Justeru untuk melihat negeri ini terus maju pada tahun akan datang, beliau menasihatkan semua rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada BN dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Terdahulu Majlis Perasmian Jambatan Baru dan Majlis Merarau bertempat di SK Nanga Klassen, Sri Aman ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar iaitu Datuk Francis Harden Hollis.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Guru Besar SK Nanga Klassen, David Renang, Yang Dipertua PIBG SK Nanga Klassen, Daniel Sawing dan Timbalan Pengerusi MDSA, Jimmy Chong.

Masir menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 bagi tahun 2012 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Nanga Klassen.

Tamat.

No comments:

Post a Comment