Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2011

Bajet 2012 adalah untuk rakyat - Masir

Mugshot : MASIR KUJAT


SRI AMAN, Rabu (12 Okt) – Bajet 2012 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah merupakan bajet untuk semua rakyat demikian menurut Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Ini kerana Bajet 2012 kali ini menurut beliau adalah merupakan peruntukan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk semua rakyat yang terdiri daripada pekerja swasta, pekerja kerajaan, petani, nelayan mahupun pesara.

“Kerajaan menerusi bajet ini juga nyata tidak mengabaikan keperluan pendidikan di negara ini apabila memansuhkan yuran persekolahan untuk semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Malah kerajaan menerusi Bajet 2012 juga turut mengumumkan bantuan berbentu baucer bagi tujuan pembelian buku bahan rujukan untuk kegunaan para mahasiswa dan mahasiswi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jumat, Po –Ai Enggat, dalam kawasan Melugu, Sri Aman baru-baru ini.

Kerajaan BN kata Masir juga turut tidak mengabaikan hal ehwal pembangunan kawasan luar bajet menerusi Bajet 2012 ini disamping mengumumkan bantuan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

“Bajet kali ini memberi keuntungan kepada semua pihak. Inilah yang menjadi keutamaan bagi pihak kerajaan BN yang mahu semua lapisan rakyat menikmati faedah secara bersama-sama dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar rakyat menerima Bajet 2012 berkenaan dan seterusnya memberi sokongan padu terhadap kerajaan BN demi kebaikan selepas ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan Dan Saliran, Irwandee Redzuan, Pegawai JASA Bahagian Sri Aman, Whelton Lumpoi, wakil JKR Bahagian Sri Aman, Chong Jin Hui,  Rev. Jackson Jarau, Kounselor Ronald Chengir Bugak, Kounselor Milu Gue dan Kounselor Tiam Bujang.

Masir menerusi majlis itu telah menyerahkan cek bernilai RM20,000 kepada JKKK Rumah Jumat, Po-Ai Enggat manakala Mong mengumumkan peruntukan bagi tahun 2012 bernilai RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Jumat, Poh-Ai Enggat dan RM5,000 kepada Rumah Wilson Bana, Poh-Ai.

Tamat.



No comments:

Post a Comment