Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2011

80 orang sertai Program Pemantapan Rakan Sebaya

Slug: RakanSebaya + pic 03.10.11

Caption: UNTUK ALBUM...Jamit (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama jawatankuasa dan peserta program berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (3 Okt) – Seramai 80 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2011 Zon Selatan baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Pusat Kediaman Kakitangan Dan Asrama Pelatih Kesihatan itu turut disertai oleh dua orang urusetia, tujuh orang guru pengiring, 10 orang fasilitator PRS dan 10 orang fasilitator guru kaunseling Daerah Sri Aman.

“Ia merupakan Jabatan pelajaran Negeri Sarawak sambil dikelolakan secara bersama oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman dan Persatuan Guru Bimbingan Dan kaunseling Sarawak Zon Sri Aman.

“Ia diadakan atas rasional bahawa PRS yang telah dilatih dengan kemahiran-kemahiran asas komunikasi dan kaunseling perlu terus memberi dan diberi latihan serta pengisian lanjutan untuk memantapkan mereka,” menurut jurucakap program itu.

Selain itu program itu katanya juga bertujuan untuk mewujudkan perkhidmatan PRS yang mantap dan berkesan ke arah mewujudkan pembangunan sahsiah serta karektor murid yang cemerlang selepas ini.

Terdahulu program ini telah disertai oleh para ahli PRS daerah Lubok Antu, Betong, Saratok, Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Simunjan dan Sri Aman selaku tuan rumah penganjur.

Program berkonsepkan perkhemahan itu terdiri dari 15 buah khemah lelaki dan 17 buah khemas perempuan yang dipantau sepenuhnya oleh , Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Chong Choi Ling.

Para peserta dilaporkan gembira dan seronok ketika menyertai program ini melalui aktiviti yang telah dijalankan disamping memberi satu pengalaman yang baru kepada mereka contohnya melalui aktiviti Khidmat Masyarakat.

Majlis penangguhan rasmi program ini telah disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman iaitu Jamit Ajok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment