Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2011

70 ahli PPWS Saratok sertai Kursus Keusahawanan Dan Bengkel Buat Kuih

Caption: KENANGAN...Pemanca Sahari (duduk tengah) sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para peserta sebaik sahaja tamat kursus berkenaan.

SARATOK, Isnin (17 Okt) - Seramai 70 orang ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Saratok telah mengikuti Kursus Keusahawanan serta Bengkel Membuat Kuih Mufin Keju dan Karipap Berpusar di Dewan Masyarakat, Saratok baru-baru ini.

Kesemua 70 orang ahli PPWS Daerah Saratok yang melibatkan diri dalam kursus berkenaan terdiri daripada 13 cawangan perkumpulan berkenaan iaitu dari kawasan Kabong, Roban, Alit dan Saratok sendiri.

Jurucakap penganjur memberitahu Kursus Keusahawanan serta Bengkel Membuat Kuih Mufin Keju Dan Karipap Berpusar selama dua hari itu telah dijayakan menerusi kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Kursus ini juga turut dijayakan menerusi oleh penceramah jemputan iaitu Halil bin Abdul Manaf dari M-Arcorp Enterprise Sendirian Berhad dan Zuraidah Haji Leen dari Diwanie Kek Lapis,” katanya.

Terdahulu Pemanca Sahari Ghani selaku wakil kepada Datuk Abdul Wahab bin Aziz iaitu Menteri Muda Kemajuan Tanah ketika berucap merasmikan penutupan kursus itu telah memuji usaha PPWS berhubung kursus terbabit.

Kursus dan bengkel terbabit katanya perlu diadakan memandangkan ia boleh mengalakkan kaum wanita untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan pada masa akan datang.

“Kaum wanita tidak harus melepaskan peluang ini kerana menerusi ilmu pengetahuan yang ada, golongan mereka akan dapat usahawan yang berjaya bagi meningkatkan ekonomi negeri,” kata beliau.

Beliau menerusi majlis itu juga turut menambah bahawa dengan kedudukan ekonomi kukuh, ia secara tidak langsung akan dapat mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia selepas ini.

Justeru Pengerusi PPWS Daerah Saratok iaitu Saftuyah Johari menerusi ucapan alu-aluannya bercadang untuk mengadakan beberapa kursus lain bagi meningkatkan kemajuan wanita dalam masa terdekat ini.

Hadir sama ialah Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi, Pengelola PPWS Kawasan Sri Aman, Jenny Goh, wakil MPC, Norhijah Tuam dan semua pengerusi PPWS Cawangan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment