Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2011

26 buah JKKK dan Biro Wanita dari kawasan Lemanak, Lubok Antu terima MRP

Caption: GEMBIRA...Para penerima MRP merakamkan gambar kenangan bersama Nyalau (tengah tiga kanan) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.

LUBOK ANTU, Isnin (17 Okt) - Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 26 buah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita di kawasan Ulu Lemanak, Lubok Antu baru-baru ini.

Peruntukan MRP yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM176,000 itu telah disampaikan oleh beliau kepada wakil penerima menerusi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Tungku, Nanga Paloh, Lemanak, Lubok Antu.

Nyalau ketika berucap pada majlis itu mahu rakyat menggunakan peruntukan MRP terbabit untuk membeli bahan binaan rumah bagi membaiki rumah panjang masing-masing selepas ini.

Beliau juga menasihatkan rakyat di kawasan Lubok Antu agar berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di atas sumbangan serta usaha gigih mereka untuk memajukan rakyat di negara ini.

“Justeru kita harus berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan ini. Teruskan amalkan budaya itu dan memberi sokongan secara berterusan terhadap kerajaan berhubung usaha terbabit,” katanya.

Selain itu Nyalau juga turut menasihatkan rakyat di kawasan luar bandar untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat bersama pihak kerajaan demi kesinambungan pembangunan di kawasan mereka selepas ini.

Kerjasama daripada rakyat katanya adalah amat penting agar kerajaan boleh merancang pelbagai projek penting yang dapat memajukan taraf hidup mereka dari segi sosial dan ekonomi di masa akan datang.

Terdahulu Pegawai Penerangan Parlimen Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricku Maba dan ketua kaum dari kawasan terbabit hadir sama pada majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment