Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2011

1st Sri Aman Company, The Boys Brigade In Malaysia telah menganjurkan Kursus Rawatan Pertolongan Kecemasan Di Rumah

Caption: UNTUK ALBUM...Mashore (duduk tengah) bergambar kenangan bersama ahli 1st Sri Aman Company, The Boys Brigade In Malaysia sebaik sahaja tamat kursus itu.

SRI AMAN, Isnin (17 Okt) – 1st Sri Aman Company, The Boys Brigade In Malaysia telah menganjurkan Kursus Rawatan Pertolongan Kecemasan Di Rumah yang berlangsung di Gereja Methodist Sri Aman pada hari Sabtu lepas.

Jurucakap penganjur memberitahu Kursus Rawatan Pertolongan Kecemasan Di Rumah yang melibatkan seramai 16 orang peserta itu turut mendapat kerjasama daripada Bulan Sabit Merah cabang Sri Aman.

“Kursus Rawatan Pertolongan Kecemasan Di Rumah yang berlangsung selama 6 setengah di Gereja Methodist Sri Aman itu telah diketuai oleh Kapten Mary Law dan para ahli jawatankuasanya.

“Ia bertujuan untuk mendidik para ahli persatuan mengenai teknik-teknik asas rawatan pertolongan cemas agar mereka sentiasa bersedia untuk membantu ahli keluarga atau sahabat handai ketika berada di rumah,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa kursus rawatan pertolongan cemas ini perlu diamalkan oleh semua lapisan penduduk agar mereka dapat membantu mana-mana pihak yang memerlukan di masa akan datang.

“Justeru kami berharap agar lebih banyak persatuan untuk menganjurkan kursus-kursus seumpama ini demi mewujudkan komuniti penduduk yang cekap melakukan rawatan pertolongan cemas selepas ini,” katanya.

Terdahulu Kursus Rawatan Pertolongan Kecemasan Di Rumah ini telah dikendalikan oleh Jurulatih BSMM cabang Sri Aman iaitu Mas Mashore Haji Maslem sambil dibantu oleh Tan Ek Khoon.

Mashore selaku Naib Pengerusi I BSMM cabang Sri Aman turut menyempurnakan mjalis penyampaian sijil kepada ahli 1st Sri Aman Company, The Boys Brigade In Malaysia yang mengambil bahagian dalam kursus itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment