Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2011

Warga emas meninggal dunia selepas bergelut dengan pencuri di Kampung Hilir, Sri Aman


Gambar yang diperoleh hari ini menunjukkan arwah Haji Awang Ahmad (baju hijau, belakang tenga) yang meninggal dunia setelah bergelut dengan pencuri malam kelmarin

SRI AMAN, Selasa (13 Sept) – Seorang warga emas dari Kampung Hilir, Sri Aman meninggal dunia setelah berjaya menangkap seorang lelaki yang telah memecah masuk kediaman keluarganya di sini tengah malam tadi.

Mangsa iaitu Haji Awang Ahmad bin Haji Awang Apek, 59, sedang tidur bersama isteri, Fauziah Abdullah dan dua orang anak iaitu Dayang Nurul Amanin, 16, serta Awang Nurul Aminin, 15, sedang tidur ketika berlakunya kejadian itu.

“Ibu (Fauziah) dan adik perempuan saya (Dayang) sedang tidur di bilik tingkat satu rumah ketika itu manakala arwah ayah (Ahmad) pula tidur bersama adik lelaki saya iaitu Awang di bilik tingkat bawah.

“Tiba-tiba, sekitar jam 12 lalu malam, seorang lelaki berusia lingkungan 20–an yang hanya memakai seluar dalam telah menceroboh masuk ke dalam rumah kami menerusi tingkap di tingkat satu rumah,” kata anak mangsa iaitu Awang Zainuddin Awang Ahmad.

Saspek dipercayai cuba mencuri barang di bilik rumah mereka sebelum tindakannya diketahui oleh mangsa yang kemudiannya bergelut untuk menangkap saspek yang juga berasal dari kampungnya sendiri.

Peristiwa tersebut kata Awang berakhir dengan mangsa bersama anak lelaki dan anak perempuannya berjaya menangkap dan mengikat saspek setelah berlaku pergelutan di dalam rumah berkenaan.

“Arwah kemudiannya bertindak menelefon pihak polis selepas itu. Bagaimanapun arwah ayah saya yang sudah lemah diakibatkan oleh pergelutan ini pengsan secara tiba-tiba setelah berjaya mengikat saspek,” katanya.

Mangsa yang dipercayai terus meninggal dunia setelah kejadian itu kemudiannya dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan pemeriksaan jenazah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman hari ini.

Manakala saspek yang dipercayai telah berada di bawah pengaruh dadah sebelum menceroboh rumah mangsa masih lagi ditahan oleh pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut berhubung kes kejadian jenayah berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad ketika mengesahkan kejadian itu memberitahu bahawa saspek telah di dakwa atas kes pecah rumah dan positif dadah berhubung kes tersebut.

“Pihak polis menklasifikasikan kes kematian mangsa (Haji Ahmad) sebagai mati mengejut dan tidak mempunyai sebarang hubungkait dengan kes saspek berkenaan,” menurut beliau.

Tamat.

1 comment: