Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2011

Wan Hipni bin Wan Bujang menang hadiah istimewa Stesen Petronas Sri Aman


Caption: TAHNIAH... Hamzah (kiri sekali) dan Ahmad (empat kanan) bergambar kenangan bersama pemenang iaitu Hipni (tengah) serta pemenang saguhati di Stesen Petronas Sri Aman sebaik sahaja selesai majlis itu.

SRI AMAN, Jumaat (23 Sept) – Tuah menyebelahi Wan Hipni bin Wan Bujang apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang hadiah istimewa hasil tajaan syarikat Petronas cawangan Sri Aman di Jalan Sabu dalam bandar ini.

Kakingan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bahagian Sri Aman itu telah memenangi hadiah sebuah televisyen 28 inci berkenaan menerusi promosi yang diadakan oleh pihak stesen minyak berkenaan kali ini.

“Selain dari hadiah istimewa berkenaa, pihak Stesen Petronas Sri Aman juga turut menawarkan sejumlah lima buah hamper saguhati kepada pelanggan stesen kita yang bertuah.

“Justeru diharap agar para pelanggan bertuah diceriakan menerusi kemenangan masing-masing terhadap promosi hamper terbabit pada sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Hamzah turut menambah bahawa pelanggan Petronas pada tahun ini harus berasa tuah memandangkan mereka ditawarkan produk minyak terbaru iaitu Primax 95 Extra yang berkualiti tinggi tetapi masih dijual pada harga lama.

“Petronas melakukan yang terbaik untuk menjaga kepuasan para pelanggannnya dengan menawarkan produk minyak terbaru lebih-lebih lagi ketika berlaku kenaikkan harga minyak sedunia pada masa sekarang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pihak Stesen Petronas Sri Aman akan meneruskan promosi yang sama setiap tiga atau lima bulan sekali selepas ini.

Terdahulu Pengurus Jualan Runcit  Petronas Wilayah Sarawak, Ahmad Akmal telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama dan saguhati sambil disaksikan oleh Hamzah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment