Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 September, 2011

Uji Bakat Baram Idol Musim Ke-2 di RTM Sri Aman pada 18 September ini


Mugshot : RUTH AMPONG


SRI AMAN, Rabu (14 Sept) – Penduduk dari kawasan Sri Aman dan Betong dipelawa untuk menyertai sesi uji bakat Baram Idol Musim Ke-2 2011 yang akan berlangsung di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman pada 18 September ini.

Pemangku Ketua Bahagian Rancangan Jabatan Penyiaran Sri Aman, Ruth Ampong ketika ditemui berkata sesi uji bakat bagi Baram Idol Musim Ke-2 ini akan bermula dari ham 9 pagi hingga 5 petang.

“Sesi uji bakat ini dibuka kepada mana-mana peserta berusia antara 18 hingga 40 tahun dari kawasan yang dimaksudkan dan juga kepada penduduk warganegara Malaysia yang bukan berasal dari kawasan ini (Betong / Sri Aman).

“Berita baik ini juga ditujukan kepada peserta dari negara Brunei dan Kalimantan, Indonesia apabila sesi uji bakat bagi tujuan Baram Idol Musim Ke-2 ini turut dibuka kepada mereka,” katanya.

Tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk yang dikenakan, para peserta uji bakat ini kata Ruth boleh mempersembahkan nyanyian mereka dalam Kategori Lagu Melayu, Iban, Inggeris dan Mandarim.

Namun begitu setiap peserta menurut beliau hanya dibenarkan mempersembahkan satu buah lagu mengikut kategori yang pilihan masing-masing bagi tujuan uji bakat ini atau memilih mana-mana lagu yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Para peserta uji bakat Baram Idol Musim Ke-2 ini dinasihatkan untuk membawa VCD lagu atau ‘minus one’ masing-masing beserta dengan satu keping gambar bersaiz 4R ketika hadir untuk sesi uji bakat nanti.

“Justeru mereka yang berminat boleh menghubungi saya sendiri untuk tujuan pertanyaan lanjut berhubung sesi uji bakat ini menerusi talian telefon RTM Sri Aman iaitu 083-321121 ketika waktu pejabat,” katanya.

Ruth turut menambah bahawa pihak penganjur tidak akan menanggung segala kos perbelanjaan peserta yang bakal hadir pada sesi uji bakat Baram Idol Musim Ke-2 2011 ini nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment