Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 September, 2011

Tr Jamit sokong Nyalau jadi calon MP Lubok Antu

Mugshot : TR JAMIT JEMAT


LUBOK ANTU, Isnin (19 Sept) – Tuai Rumah dari Pudai, Lubok Antu iaitu Jamit anak Jemat menyatakan sokongan padu beliau terhadap pencalonan semula William Nyalau Badak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

William Nyalau Badak merupakan Ahli Parlimen Lubok Antu pada masa sekarang semenjak beliau memenangi kerusi terbabit menerusi pilihan raya parlimen pada tahun 2008 lepas.

Beliau menewaskan Nicholas Bawin anak Anggat iaitu calon Bebas apabila meraih sejumlah 6,769 undi berbanding calon terbabit iaitu 5,159 undi dengan undi majoriti berjumlah 1,610 pada pilihan raya itu.

Jamit ketika ditemui berkata beliau menyokong sepenuhnya pencalonan semula Nyalau memandangkan wakil rakyat mereka itu rajin meninjau masalah penduduk dalam kawasannya selama ini.

“Kerajinan beliau (Nyalau) telah menarik perhatian penduduk rumah panjang Pudai dan seterusnya sebulat suara mahu beliau dicalonkan kembali oleh Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi parlimen Lubok Antu pada PRU13 kelak,” katanya.

Selain itu penduduk rumah panjang Pudai kata Jamit juga yakin bahawa Nyalau masih mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat sekiranya memenangi kerusi parlimen terbabit selepas ini.

Malah beliau kata Jamit juga pantas menyelesaikan masalah penduduk dalam kawasan parlimen Lubok Antu selama ini dan sekaligus meningkatkan keyakinan penduduk terhadap kredibliti tugas beliau.

Terdahulu sejumlah RM424,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada 49 buah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan biro wanita dari kawasan Lubok Antu bagi bulan ini.

Kesemua RM424,000 berkenaan adalah merupakan peruntukan MRP daripada Nyalau yang diagih kepada JKKK dan biro wanita di kawasan itu bagi tujuan pembangunan kampung atau rumah panjang masing-masing.

Tamat.



No comments:

Post a Comment