Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2011

Tak boleh semua jadi boss - Masing


Caption: TERIMA KASIH...Masing (kanan) menerima cenderamata daripada Masir (kiri) sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Snowdan, Mussen (belakang), Harden, Mong dan Nyalau pada majlis itu.


PANTU, Isnin (12 sept) – Setiap wail rakyat dan ahli politik mempunyai fungsi penting masing-masing dalam menjayakan peranan sesebuah parti politik terbabit demikian menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu, Sri Aman petang kelmarin.

Sama ada berpelajaran mahupun masih muda, setiap wakil rakyat atau ahli politik katanya perlu menghormati hieraki yang wujud dalam sesebuah parti itu demi kesinambungan parti pada masa akan datang.

Jelas Masing, fungsi semua ahli dalam sesebuah parti politik boleh disamakan dalam kedudukan seseorang dalam Hierachy Of Red Indians (Hieraki Orang Asli Amerika) ketika merancang serta melaksana keputusan parti.

“Setiap mereka terletak di setiap kedudukan fungsi tertentu dalam hieraki ini dan sama ada wakil rakyat itu berpendidikan tinggi atau masih muda, mereka perlu mengikuti standart yang terdapat di dalam hieraki tersebut.

“Lagipun siapa yang akan menjalankan peranan sebagai ‘office boy’ jika semua ahli menjadi presiden parti? Atas sebab ini perlu hanya ada seorang ketua dalam sesebuah organisasi jika mahu melaksanakan semua pelan yang dirancang selepas itu,” katanya.

Selain itu beliau juga berkata bahawa pembinaan kemudahan infrastruktur adalah merupakan keuntungan sebenar terhadap tanah NCR milik rakyat yang dibangunkan bagi tujuan pertanian komersial selepas ini.

“Lagipun pemilikan rakyat terhadap Tanah NCR masing-masing nyata telah diiktiraf oleh kerajaan dengan adanya kerja penyukatan tanah mereka di bawah Pelan Inisiatif Baru Tanah NCR pada masa sekarang.

“Justeru orang itu sememangnya tersalah baca (mengenai prosedur pembangunan tanah dan inisiatif baru NCR) jika mereka mendakwa bahawa kerajaan cuba merampas tanah NCR milik rakyat selepas ini,” kata Masing.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, pegawai tinggi kerajaan dan ketua kaum di sini.

Masing menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM1,000 masing-masing kepada pertubuhan biro wanita dari enam buah rumah panjang yang terdapat di kawasan Lachau dan RM2,000 kepada JKKK Rumah Lindang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment