Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 September, 2011

Signboard amaran BERHENTI di simpang tiga jalan Kelab hilang


Caption: TINGGA TIANG...Kehilangan papan tanda amaran BERHENTI boleh menyusahkan penduduk jika tidak dibaiki segera selepas ini.


SRI AMAN, Rabu (7 Sept) – Kehilangan papan tanda amaran ‘BERHENTI’ di laluan simpang tiga berdekatan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman boleh menimbulkan kesulitan kepada pengunjung luar sekiranya ia tidak dibaiki selepas ini.

Tinjauan rambang mendapati bahawa papan tanda amaran terbabit telah hilang semenjak seminggu lepas berkemungkinan disebabkan oleh kejadian ribut petir yang melanda Bandar Sri Aman semenjak 31 Ogos lalu.

“Saya tidak lagi melihat papan tanda amaran BERHENTI di simpang tiga jalan dalam Bandar Sri Aman ini semenjak seminggu yang lepas,” menurut seorang pengguna jalan iaitu Bonnie.

Katanya pengguna jalan di Bandar Sri Aman tidak akan menghadapi masalah sekiranya berhubung kehilangan papan tanda amaran memandangkan mereka sudah ‘masak’ dengan peraturan jalan raya dalam bandar ini.

Namun begitu kehilangan papan tanda amaran di simpang tiga jalan berkenaan katanya boleh menyusahkan pengguna jalan raya yang bukan berasal dari kawasan Bandar Sri Aman selepas ini.

“Saya bimbang sekiranya papan tanda amaran BERHENTI itu tiada ia akan menimbulkan kekeliruan dikalangan pengguna kenderaan yang datang bertandang ke Bandar Sri Aman ini.

“Boleh jadi mereka terlepas pandu menuju ke kawasan Tebingan Taman Sungai Batang Lupar Sri Aman. Walaupun belum terjadi saya bimbang ia terjadi pada masa akan datang,” menurut beliau.

Justeru seorang pengguna kenderaan iaitu Julian Ngioh berharap agar papan tanda amaran BERHENTI dipasang semula di simpang jalan tiga demi memudahkan pengguna kenderaan berulang-alik dalam bandar ini dari amsa ke semasa.

“Lagipun ia boleh menimbulkan ‘kecacatan’ terhadap kecantikkan Bandar Sri Aman sekiranya ia dibiarkan berterusan selepas ini,” kata beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment