Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 September, 2011

Sempena sambutan Hari Malaysia 16 Sept - Apa komen penduduk






Mugshot:

1. EDDIE...Cintai keamanan

2. GILBERT...Sarawak membangun

3. REMAN...Transformasi

4. BELLY...Pertahankan kemerdekaan

5. EMBU...Bangga

- 10 Sept

Sememangnya tidak dinafikan bahawa banyak negara di dunia cemburu melihat kejayaan Malaysia dalam menyatu-padukan kesemua penduduk berbilang kaum dan agama di negara ini.

Walaupun terdapat sesetengah pihak menganggap bahawa Malaysia adalah sebuah ‘bom jangka’, namun tanggapan pihak terbabit ternyata salah apabila penduduk di negara ini masih menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup dari dulu hingga sekarang.

Hasil daripada gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965) pada 16 September 1963 dahulu, Malaysia muncul sebagai salah sebuah negara terbaik di rantau Asia yang mencatat KDNK pada tahap 6.5 peratus selama 50 tahun.

Kekayaan hasil bumi, sektor pelancongan, sains dan sektor kewangan di negara ini juga telah membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara pesat membangun di rantau Asia dengan semua penduduk sama-sama menikmati hasil pembangunan terbabit.

Sarawak iaitu salah sebuah negeri terbesar dalam Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati hasil arus pembangunan pesat di negara ini apabila pelbagai projek dilaksana demi kebaikan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar.

Untuk itu Utusan Sarawak berkesempatan untuk menembual beberapa orang penduduk bagi mendapatkan pendapat mereka berhubung kemajuan negara Sarawak semenjak membantu pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.

Zaidie Eddie Ibrahim, 41, dari Simunjan berpendapat bahawa penduduk perlu terus mencintai keamanan dan kesejahteraan hidup yang mereka nikmati sekarang dalam negeri Sarawak.

Katanya sifat tolak ansur yang wujud dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini membolehkan Sarawak terus meniti arus pembangunan pesat yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa sekarang.

Manakala itu Gilbert Meur, 37, pula berpendapat bahawa sokongan padu penduduk berbilang kaum terhadap pimpinan kerajaan yang sedia ada sekarang membolehkan Sarawak terus membangun dari masa ke semasa.

“Saya tidak yakin penduduk boleh menikmati faedah kemajuan yang mereka kecapi sekarang jika tiadanya sokongan padu terhadap barisan pimpinan Kerajaan Negeri masa kini.

“Ini kerana kerajaan amat memerlukan sokongan penduduk untuk memajukan negeri ini. Saya berpendapat bahawa adalah amat penting penduduk untuk menghargai nikmat pembangunan yang mereka kecapi sekarang,” katanya.

Gabriel Reman Jaul, 20, pula berpendapat bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang amat mundur sebelum ia membantu pembentukkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.

Hasil perpaduan antara penduduk berbilang kaum yang amat kukuh dalam negeri ini maka Sarawak katanya muncul sebagai antara negeri yang termaju di dalam Malaysia pada masa sekarang.

Manakala itu Belly Mabong, 27, berpendapat bahawa kita kini perlu mempertahankan kemerdekaan negara seiring dengan kemahiran intelektual dan bukannya berlandaskan kekuatan fizikal semata-mata seperti yang diperjuang oleh tokoh politik dahulu.

“Sekarang zaman moden. Kita perlu menggunakan akal untuk memastikan negara kita terus merdeka dari segi segala aspek disamping mempertahankan budaya dan adat resam kita dalam negara Malaysia,” katanya.

Justeru Embu anak Umpau, 42, berpendapat bahawa penyertaan Sarawak dalam membantu pembentukan Malaysia dilihat sebagai langkah amat tepat bagi mewujudkan pembangunan dan perpaduan kukuh dikalangan penduduk dalam negeri ini.

“Saya berbangga menjadi anak Malaysia. Sehingga kini semua penduduk berbilang kaum hidup aman dan bahagia sehingga mewujudkan percampuran budaya antara semua mereka hingga masa sekarang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment