Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 September, 2011

SCORE nadi utama pembangunan negeri akan datang - Masir

Caption: TERIMA KASIH...Jamit (kanan) sedang menyampaikan cenderamata kepada Masir (kiri) sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsung majlis itu.

SRI AMAN, Sabtu (17 Sept) – Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau SCORE bakal menjadi nadi utama pembangunan negeri pada masa akan datang kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Justeru para pelajar pada masa sekarang menurut beliau perlulah menerap nilai disiplin lebih tinggi dalam diri masing-masing demi memenuhi tuntutan tenaga kerja yang ditawarkan oleh SCORE selepas ini.

“Kita mahu para pelajar pada masa sekarang untuk menguasai sepenuhnya bidang akademik dan kemahiran dalam diri masing-masing agar mereka mampu mengisi peluang pekerjaan dalam SCORE.

“Saya yakin usaha ini mampu dicapai dengan adanya kerjasama antara para guru dan ibubapa ketika menyemai nilai disiplin dalam diri anak masing-masing untuk sepanjang,” katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan atau PSKPP 2011 sempena sambutan Hari Malaysia Ke-43 di perkarangan Pelajaran Pelajaran Daerah Sri Aman hari ini.

Terdahulu beliau telah menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang acara larian bagi kategori Lelaki Senior, Perempuan Senior, Perempuan Veteran, Perempuan Junior, Lelaki Veteran dan Lelaki Junior.

Masir menerusi majlis itu juga turut menyampaikan cek peruntukan geran bernilai RM5,000 kepada urusetia penganjur Larian PSKPP terbabit dan juga cek bernilai RM5,000 kepada SK Saint Leo Gayau, Pantu.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis ini ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Jamit Ajok, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang, Joseph Junting Resa dan kakitangan PPD Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment