Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 September, 2011

RM424K MRP sudah diagih kepada 49 JKKK dan Biro Wanita di Lubok Antu


Caption: GEMBIRA... Nyalau (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu khas dan penerima cek MRP ketika berlangsungnya majlis itu di Pudai hari ini.


LUBOK ANTU, Rabu (14 Sept) – Sejumlah RM424,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada 49 buah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan biro wanita dari kawasan Lubok Antu bagi tahun ini.

Kesemua RM424,000 berkenaan adalah merupakan peruntukan MRP daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak yang diagih kepada JKKK dan biro wanita di kawasan itu bagi tujuan pembangunan kampung atau rumah panjang masing-masing.

Dari jumlah terbabit, sejumlah RM128,000 peruntukan MRP telah pun diserahkan oleh beliau kepada 19 buah JKKK dan biro wanita di Lubok Antu menerusi majlis yang berlangsung di Rumah Agat, Setapang, Lubok Antu pada 6 September kelmarin.

Manakala bakinya iaitu RM296,000 pula telah disampaikan oleh Nyalau kepada 30 buah JKKK dan biro wanita dari kawasan pentadbiran beliau menerusi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Jamit Jemat, Pudai, Lubok Antu hari ini.

Beliau ketika berucap pada majlis berkenaan berharap agar JKKK dan biro wanita yang menerima peruntukan terbabit untuk memanfaatkan sepenuhnya peruntukan MRP yang mereka mulai sekarang.

“Ia merupakan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mempertingkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Lubok Antu dari segala aspek pada masa akan datang.

“Justeru saya berharap agar JKKK dan biro wanita tidak mempersia-siakan peruntukan MRP yang mereka terima setakat ini demi tujuan kemajuan penduduk dalam kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Nyalau turut menambah bahawa peruntukan MRP ini secara tidak langsung membuktikan komitmen kerajaan BN dalam memajukan hidup penduduk di kawasan dalam dan luar bandar dari masa ke semasa.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Lubok Antu, Jeffery Maba Ricky Maba, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman cawangan Lubok Antu, Jeffery Uding, wakil Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Inspektor Robert dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment