Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2011

Ribut sebabkan terputus bekalan elektrik di Kampung Kesindu dan Lemujong

SIMUNJAN, Khamis (22 Sept) – Sebuah rumah penduduk dari Kampung Kesindu dan penghuni Rumah Jerman, Lemujong, Simunjan terputus bekalan elektrik buat sementara waktu diakibatkan oleh kejadian ribut petir di situ pada waktu pagi hari Selasa lepas.

Kejadian ribut petir di Simunjan telah menyebabkan sebatang dahan dari pokok durian terputus dan menimpa talian kabel tiang elektrik yang terdapat di kawasan penempatan mereka pada waktu pagi berkenaan.

“Hujan lebat dan ribut petir sering melanda kawasan Simunjan semenjak dua minggu kebelakangan ini hingga menyebabkan saya dan keluarga menanti sebarang kemungkinan berlakunya perkara buruk selepas itu.

“Perkara buruk itu akhirnya terjadi namun tidak menimpa keluarga kami. Ia hanyalah sebatang dahan pokok durian yang telah patah sebelum menimpa kabel elektrik di kawasan penempatan kami sekitar awal pagi kelmarin,” kata penduduk berkenaan.

Kejadian terbabit menyebabkan keluarga beliau dan penghuni Rumah Jerman, Lemujong terputus bekalan elektrik selama empat jam sebelum pihak kontraktor berwajib datang untuk memperbaiki semula kerosakan tersebut.

Rumah keluarga mangsa dan penghuni Rumah Jerman akhirnya menikmati semula bekalan elektrik terbabit menjelang jam 12.30 tengahari pada waktu hari yang sama setelah diperbaiki semula oleh kontraktor berkenaan.

“Kejadian ini mungkin hanya dianggap perkara kecil. Namun ia mungkin perlu dianggap sebagai satu permulaan penting untuk setiap penduduk menjaga keselamatan harta benda masing-masing bersempena dengan musim cuaca buruk sekarang,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment