Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 September, 2011

Proses baiki bangunan akibat ribut kencing 31 Ogos lalu bermula


Caption: BAIKI...Para pekerja sedang memasang semula atap bumbung dan iklan di dua buah bengkel dalam laluan Jalan Hospital setelah diterbangkan ribut pada malam 31 Ogos lepas.


SRI AMAN, Jumaat (9 Sept) – Setelah mengalami kerosakan teruk diakibatkan oleh ribut petir pada malam 31 Ogos lepas, beberapa buah premis perniagaan dilihat telah memulakan kerja membaiki semula kerosakan tempat mereka semenjak tiga hari lepas.

Kejadian ribut petir pada malam kedua sambutan Hari Raya itu dipercayai telah menerbangkan atap bumbung, papan iklan dan papan tanda di beberapa buah lokasi dalam Bandar Sri Aman ini.

Antara bangunan yang terjejas teruk disebabkan oleh kejadian ribut petir terbabit adalah bangunan CIMB Bank Sri Aman, Bengkel Kiong Inn Motor dan Bengkel International sebelum ia menjalani proses pembaikan semula.

Utusan Sarawak yang pernah melaporkan kerosakan bumbung di atas bangunan CIMB Bank Sri Aman mendapati bahawa kerja membaiki semula kerosakan bumbung telah bermula pada hari Selasa lepas.

Manakala itu Bengkel International dan Kiong Inn di laluan Jalan Hospital pula telah memulakan kerja membaiki papan iklan dan bumbung masing-masing bermula pagi tadi hingga sekarang.

“Sukar untuk bekerja tanpa bumbung memandangkan cuaca buruk seperti hujan lebat sering melanda kawasan Bandar Sri Aman semenjak dua minggu lepas hingga menyusahkan para pelanggan dan pekerja di sini.

“Justeru syarikat kami mengambil tindakan segera untuk membaiki papan iklan dan bumbung demi mewujudkan keselesaan dikalangan pelanggan selepas ini,” menurut salah seorang pemilik berkenaan iaitu Kiong.

Terdahulu ribut kencang turut dilaporkan berlaku pada waktu pagi 1 September lepas hingga menyebabkan sebahagian besar daripada peniaga di Pasar Terbuka Sri Aman mengalami kerugian akibat kejadian itu.

Ribut kencang terbabit dipercayai telah menerbangkan pasir dan sampah hingga hinggap di makanan yang dihidangkan kepada pelanggan oleh para peniaga di Pasar Terbuka (Open Air Market) berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment