Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2011

PPD Sri Aman laksanakan Program Cara Hidup Sihat

Add caption

Caption: HIDUP CERGAS...Kakitangan PPD Sri Aman ketika menyertai Program Cara Hidup Cergas hari ini.

SRI AMAN, Khamis (22 Sept) – Seramai 60 orang kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman telah mengambil bahagian aktiviti Program Cara Hidup Sihat yang berlangsung di perkarangan pejabat berkenaan hari ini.

Aktiviti yang telah diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman iaitu Jamit Ajok itu hanya berlangsung selama setengah jam iaitu bermula dari jam 4 petang hingga 4.30 petang.

Jamit ketika berucap ringkas pada aktiviti itu berkata Program Cara Hidup Sihat ini sering diadakan oleh pihak PPD Sri Aman sekurang-kurangnya dua kali sebulan demi menyemai nilai penjagaan kesihatan diri masing-masing di kalangan kakitangannya.

Beliau mahu Program Cara Hidup Sihat ini dijadikan sebagai aktiviti rutin dikalangan kakitangan PPD Sri Aman demi mempertingkatkan lagi tahap kecergasaan mereka ketika menunaikan tanggungjawab sebagai warga pendidik.

“Untuk pengetahuan anda semua, Program Cara Hidup Sihat ini juga secara tidak langsung akan dapat mewujudkan pergaulan hidup sihat, ceria dan sedia berkhidmat dikalangan PPD Sri Aman.

“Justeru kita berharap agar kakitangan PPD Sri Aman dapat membawa ahli keluarga masing-masing untuk menyertai Program Cara Hidup Sihat demi kebaikan hidup mereka selepas ini,” katanya.

Terdahulu guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Selepong, Mohd Zuzy telah diundang untuk menjadi jurutunjuk kepada semua kakitangan PPD Sri Aman yang mengambil bahagian dalam Program Cara Hidup Sihat terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment