Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2011

Pertingkatkan kemajuan Engkilili menerusi perpaduan - Rayong



Caption: RASMI...Rayong (tiga kiri) bersama Nyalau (tengah), Cassidy (kiri sekali) dan ketua kaum yang lain ketika menyempurnakan upacara memotong kek sempena majlis itu.


ENGKILILI, Selasa (13 Sept) – Kemajuan akan lebih pantas dinikmati oleh penduduk berbilang kaum dalam kawasan Engkilili sekiranya perpaduan yang sedia ada dikekalkan oleh mereka dari masa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 / 1432 H yang berlangsung di Kampung Melayu, Engkilili baru-baru ini.

Katanya aspek perpaduan ini secara tidak langsung akan mewujudkan sikap saling hormat-menghormati budaya serta kaum yang terdapat di sesebuah kawasan terbabit termasuk Engkilili.

“Malahan ia juga sekaligus dapat mewujudkan budaya saling kunjung-mengunjungi dikalangan penduduk berbilang kaum itu sendiri sehingga melahirkan satu keadaaan aman yang baik itu mereka semua,” katanya.

Kesemua aspek ini kata Rayong akan menjadi platform utama kerajaan bagi merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan bagi memajukan hidup penduduk dari masa ke semasa.

Antara projek pembangunan terbabit jelas beliau adalah kerja penyediaan kemudahan infrastruktur, kemudahan asas yang mencakupi bekalan elektrik dan air, pendidikan serta perhubungan.

“Sudah tentunya usaha ini akan dilakukan secara berperingkat oleh kerajaan. Namun masa depan kejayaan pelan pembangunan terbabit bergantung sepenuhnya kepada kesepakatan antara penduduk berbilang kaum itu sendiri selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak telah merasmikan majlis berkenaan dan seterusnya mengumumkan peruntukan bernilai RM30,000 kepada JKKK Kampung Melayu, Engkilili.

Hadir sama untuk memeriahkan majlis ini ialah Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman iaitu Cassidy Morris, para ketua kaum Iban dan ketua kaum Melayu di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment