Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 September, 2011

Pertahankan nilai perpaduan sedia ada, Simoi


Caption: RASMI...Simoi (tengah) sedang memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis sambil diiringi oleh Bakthiar (kanan sekali) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.


SRI AMAN, Rabu (14 Sept) – Rakyat berbilang kaum dalam kawasan Sri Aman diajak untuk mempertahankan nilai perpaduan yang sedia ada sekarang bagi memacu pembangunan lebih pesat dalam kawasan ini di masa akan datang.

Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri melihat bahawa perayaan utama yang disambut oleh rakyat berbilang kaum dalam negeri ini wajar dijadikan sebagai platform penting bagi tujuan itu.

“Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri misalannya dilihat sebagai salah satu platform untuk menghimpunkan semua rakyat berbilang kaum di negeri khasnya Sri Aman bagi sama-sama meraikan hari berkenaan.

“Menerusi sambutan perayaan seperti itu, semua rakyat berpeluang untuk kunjung-mengunjungi rakan berlainan kaum dan agama demi mengeratkan lagi hubungan perpaduan sesama mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 anjuran Urusetia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Simoi juga menasihatkan rakyat untuk bersikap lebih terbuka mulai sekarang dalam menerima apa jua bentuk pembangunan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan mereka selepas ini.

“Kita mahu agar rakyat bersikap lebih terbuka mulai sekarang agar segala projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan akan dilaksana dengan lebih lancar dalam kawasan masing-masing.

“Untuk itu saya meminta rakyat agar sama-sama menyokong usaha sungguh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memajukan hidup mereka dari segala aspek mula sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi majlis, Bakthiar Matan, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, Penolong Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Nasserudin Abdul Jabar, wakil Residen Sri Aman, Nurhayati Ahmad, para pegawai kerajaan, ahli PBB Lingga dan ketua kaum di sini.

Majlis pada malam tadi diserikan dengan persembahan kumpulan Medley Raya Top Mama, persembahan karaoke, tarian, cabutan tiket bertuah, persembahan permainan dan penyampaian hadiah Pertandingan Pintu Gerbang 2011.

Tamat.

No comments:

Post a Comment