Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2011

Pertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu - Nyalau


Caption: UNTUK ALBUM...Nyalau (duduk tengah) bersama Rayong (duduk kiri) ketika bergambar kenangan bersama ketua kaum dan penduduk Kampung Melayu Engkilili pada majlis itu.

ENGKILILI, Khamis (15 Sept) – Penduduk Lubok Antu perlu terus mempertahankan Barisan Nasional (BN) jika masih sayangkan pembangunan dalam kawasan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 M / 1432 H yang berlangsung di Kampung Melayu, Engkilili baru-baru ini.

Katanya dengan menyokong BN, penduduk Lubok Antu akan dapat terus menikmati pelbagai hasil pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan demi memajukan hidup mereka selepas ini.

“Penduduk dalam kawasan Lubok Antu masih memerlukan kemudahan infrastruktur, kemudahan asas, perhubungan dan pendidikan untuk mempertingkat taraf hidup masing-masing.

“Justeru BN boleh menawarkan kesemua ini selagi mereka terus berdiri teguh di belakang kerajaan dengan menolak kehadiran pihak pembangkang menjelang PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa kelak,” katanya.

Selain itu kerajaan BN juga kata Nyalau sudah cukup berpengalaman dalam mentadbir dan membangunkan hidup penduduk berbilang kaum dalam negara ini khas di negeri Sarawak.

Atas sebab ini tiada sebab bagi penduduk mahu menolak kerajaan memandangkan hanya BN yang mampu serta layak merancang pelan pembangunan di dalam kawasan penempatan penduduk dari masa ke semasa.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman iaitu Cassidy Morris, para ketua kaum Iban dan ketua kaum Melayu di sini.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil LuarBandar (MRP) bernilai RM30,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu, Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment