Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 September, 2011

Pengurus pasukan tarik tali Bujang Senang Perkasa kecewa tidak dipilih wakil Sri Aman ke Sukan Rakyat

Mugshot: AWANG KELANA AWANG MAHYUDDIN


SRI AMAN, Sabtu (17 Sept) – Pasukan tarik tali iaitu Bujang Senang Perkasa merayu pihak berwajib untuk mengadakan sesi pemilihan semula bagi mewakili Sri Aman ke Sukan Rakyat Peringkat Negeri di Betong pada 22 September kelak.

Rayuan ini dikemukakan oleh pengurusnya iaitu Awang Kelana Awang Mahyuddin apabila pasukan terbabit tidak dipilih untuk tujuan itu walaupun pernah menjuarai pertandingan tarik tali bagi Karnival 1 Belia 1 Sarawak DUN Lingga pada awal tahun ini.

“Saya terkejut apabila mendapati bahawa pasukan yang pernah kalah dalam pertandingan tali sebelum ini terpilih untuk mewakili Bahagian Sri Aman ke Sukan Rakyat Peringkat Negeri 2011 yang akan berlangsung di Betong pada hari Khamis depan.

“Bukan niat saya untuk merendahkan martabat pasukan terbabit memandangkan adalah lebih adil sekiranya sesi pemilihan diadakan sebelum 22 September ini bagi menentukan pasukan yang layak mewakili Sri Aman bagi tujuan itu,”katanya.

Selain itu sesi pemilihan semula berkenaan kata Awang adalah amat penting demi menjaga semangat dan azam kesemua pasukan tarik tali yang terdapat di kawasan Sri Aman.

Sekiranya sesi pemilihan semula tidak diadakan, beliau yakin bahawa ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pasukan tarik tali Sri Aman yang bercita-cita untuk melangkah lebih jauh dalam sukan terbabit mulai sekarang.

“Jika sesi pemilihan semula diadakan maka setiap pasukan tarik tali Sri Aman akan dapat menilai kemampuan serta tahap sebenar prestasi masing-masing sebelum bermulanya Sukan Rakyat itu kelak.

“Malah ia juga secara tidak langsung akan dapat memberitahu sama ada kita layak atau tidak untuk mewakili Bahagian Sri Aman ke peringkat negeri dalam bidang sukan terbabit selepas ini,” katanya.

Justeru Awang berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengadakan sesi pemilihan semula bagi tujuan itu demi mengangkat nama Sri Aman ke peringkat lebih tinggi dalam sukan tarik tali pada masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment