Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 September, 2011

Pelakon watak Aki Manang dalam tele movie Rumah Panjang Lubok Kelampo iaitu Reggie Dundang meninggal dunia



Caption:

1.HIBA...Sanak saudara mendiang Renggie kelihatan hiba ketika memberi penghormatan terhadap mendiang Renggie yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 8 September lepas.

2. TINGGAL KENANGAN....Gambar jarak dekat menunjukkan keadaan mendiang Renggie ketika disimpan dalam keranda sebelum selamat dikebumikan hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (12 Sept) – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang telah mengalami kehilangan besar berhubung kematian salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda mereka iaitu Renggie anak Dundang.

Mendiang Renggie, 47, adalah merupakan barisan AJK Pemuda SUPP cawangan Simanggang selama dua penggal yang cukup aktif dalam bidang politik selama ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 8 September lepas sekitar jam 5 pagi.

Mendiang yang telah meninggalkan empat orang anak dan seorang isteri itu dipercayai meninggal dunia setelah mengalami serangan penyakit jantung pada sekitar waktu berkenaan.

“Beliau (mendiang Renggie) telah diberi penghormatan terakhir di kediamannya dalam kawasan Taman Harmoni sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Anglican, Sutong, Sri Aman pagi ini.

“Kita kehilangan seorang penyokong kuat Barisan Nasional (BN) yang setia. Pemergian mendiang Renggie akan tetap diingat oleh semua ahli parti SUPP dari masa ke semasa,” kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.

Selain itu mendiang Renggie juga menyumbang dalam perkembangan industri hiburan di negeri ini apabila sering diundang untuk mempersembahkan lagu selain berkecimpung dalam bidang politik.

Mendiang Renggie juga pernah membintangi telemovie Rumah Panjai Lubok Kelampu dengan memegang watak Aki Manang Tenggiling dan beberapa telemovie yang lain di negeri ini.

“Beliau mula terkenal setelah membintang telemovie itu (Rumah Panjai Lubok Antu). Justeru pemergian mendiang Renggie juga memberi kesan terhadap industri hiburan Iban selepas ini,” kata seorang penduduk.

Terdahulu Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat bersama pegawai kerajaan yang lain juga turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Renggi di kediamannya malam tadi.

Tamat.

2 comments:

  1. Hello, I'm late Renggie eldest son and I appreciates that you write this article. 1 thing that I want to comment on here is the movie which he was acting in. It is not the 1 stated above but it's a movie called 'Batu Ilau'. Anyway, thanks again for this article and I would like to ask for all the pictures taken during his funeral. Me and my family would be very grateful if you can email some of the pictures to me. Thank you!

    ReplyDelete
  2. If you want to email me the photos, send it here: iamdavidchang@gmail.com

    ReplyDelete