Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2011

Pacu penguasaan murid Tahun 6 dalam UPSR - Harden


Caption: BERSAMA GURU...Harden (tengah) bersama Masir (kanan) dan Jamit (kiri) sebelum bermulanya majlis perasmian Malam Mesra baru-baru ini.


SRI AMAN, Isnin (12 Sept) – Tahap pencapaian murid Tahun Enam terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh dipertingkat di kawasan Sri Aman dengan adanya kerjasama antara semua pihak selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis berkata usaha ini boleh dicapai dengan adanya kerjasama antara Majlis Guru Besar, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) di Sri Aman.

“Kita mahu murid Tahun Enam dari semua sekolah rendah dalam kawasan Sri Aman untuk menguasai sepenuhnya semua matapelajaran yang disediakan menerusi peperiksaan UPSR selepas ini.

“Ini kerana UPSR merupakan pentas penting untuk menilai tahap pencapaian akademik semua murid sebelum mereka melangkah ke alam pendidikan sekolah menengah selepas itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra anjuran Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman di sebuah hotel tempatan di sini baru-baru ini.

Selain itu Harden juga berharap agar semua pihak mencari langkah bagi mempertingkatkan lagi tahap penguasaan pelajar terhadap akademik di dalam kawasan Sri Aman selepas ini.

Usaha ini kata beliau selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan golongan modal insan berkualiti demi menyokong usaha pembangunan negara dari segi pelbagai aspek pada masa akan datang.

Terdahulu Harden pada majlis itu mengumumkan geran peruntukan bernilai RM5,000 masing-masing untuk Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman, Majlis Guru Besar Zon Pantu, Majlis Guru Besar Zon Undop dan Majlis Guru Besar Zon Lingga.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat turut mengumumkan geran peruntukan bernilai RM5,000 untuk Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman menerusi majlis itu.

Turut berlangsung pada majlis berkenaan ialah Majlis Menyambut Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman yang baru iaitu Jamit Ajok bagi mengantikkan mendiang Walter Lamat Kiyai yang telah meninggal dunia sebelum itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment