Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2011

Masir minta pengundi DUN Balai Ringin, Simanggang dan Bukit Begunan untuk terus sokong BN pada PRU13 kelak.


Caption: BANGGA...Masir (belakang) sedang menyaksikan Tan Sri Dr James menurunkan tanda tangan pada plak perasmian Bekalan Air Graviti Feed Water ketika berlangsungnya majlis itu.


PANTU, Khamis (15 SepT) – Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dianggap oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) sebagai pilihan raya yang paling mencabar selepas ini kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Justeru beliau berharap agar penduduk dalam kawasan Sri Aman terus bersatu-padu untuk mempertahankan kerusi parlimen di kawasan mereka menjelang PRU13 nanti demi kesinambungan agenda pembangunan masa hadapan.

“Kesemua tiga buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sri Aman iaitu Balai Ringin, Bukit Begunan dan Simanggang telah mengecapi kemenangan pada pilihan raya negeri lepas.

“Atas sebab ini saya meminta semua penduduk dari ketiga-tiga buah kawasan kerusi DUN terbabit memberi sokongan yang sama terhadap BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman daripada pihak pembangkang pada PRU13 akan datang,” katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu, yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr James Masing baru-baru ini.

Selain itu beliau juga percaya bahawa penduduk luar bandar dalam kawasan Parlimen Sri Aman masih memerlukan Kerajaan BN untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan mereka dari masa ke semasa.

“Semua penduduk sedia maklum bahawa nikmat pembangunan mereka kecapi sekarang adalah merupakan hasil usaha BN yang telah mereka pilih untuk menerajui kerajaan selama ini.

“Jika penduduk mahu terus menikmati faedah pembangunan ini maka BN adalah pilihan paling baik mereka untuk terus menerajui kerajaan selepas selesai PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, pegawai tinggi kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment