Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 September, 2011

Lelaki wanita bergaduh sehingga kejutkan penghuni Jalan Hospital

SRI AMAN, Sabtu (12 Sept) – Penghuni di kawasan Jalan Hospital, Sri Aman sekali lagi gempar apabila berlaku peristiwa pertelingkahan yang membabitkan seorang lelaki dan wanita di sini sekitar jam 1.30 pagi kelmarin.

Bunyi hempasan pintu dan pekikan suara antara kedua-dua pasangan itu menyebabkan ramai penghuni bilik sewa di sekitar bangunan laluan Jalan Hospital itu bangkit untuk meninjau perkara terbabit.

Kedua-dua pasangan terbabit dilihat bertengkar apabila si wanita meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap lelaki terbabit berhubung isu maruah dan tidak suka dipermalukan depan rakan-rakan yang lain.

Lelaki itu pula dilihat cuba memujuk wanita itu namun sekali-sekala meluahkan rasa marah terhadap pasangannya itu apabila dia gagal dipujuk dan enggan menerima alasan daripada lelaki berkenaan.

Setelah puas bertengkar, wanita terbabit dilihat beredar ke lokasi yang lain hingga menyebabkan pasangan lelakinya tidur di atas jalan raya bersebelahan dengan sebuah kenderaan milik kakitangan kerajaan di sini.

“Saya tidak lagi melihat lelaki itu tidur di sebelah kenderaan saya sekitar jam 3.47 pagi tadi. Mungkin dia sudah beredar ke tempat yang lain apabila ditinggalkan oleh pasangan wanitanya itu,” kata pemilik kenderaan berkenaan.

Terdahulu satu peristiwa pergaduhan yang melibatkan dua orang remaja lelaki dilaporkan berlaku di sekitar kawasan terbabit kira-kira empat hari yang lepas dengan meja serta kerusi milik sebuah restoran tempatan musnah dalam kejadian itu.

Peristiwa perkelahian yang membabitkan dua orang remaja lelaki dipercayai berpunca daripada kes salah faham tentang seorang wanita yang telah bersosial dengan mereka sebelum itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment