Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 September, 2011

Kereta terbabas lantak tiang elektrik di Simunjan

Caption: MALANG...Kenderaan Perodua Kenari kelihatan terbalik di seberang parit setelah merempuh sebatang tiang bekalan elektrik berhampiran Masjid Daruk Hijrah.

SIMUNJAN, Ahad (18 Sept) - Penduduk di sekitar kawasan Taman Hijrah, Simunjan terputus bekalan elektrik selama lebih kurang lima belas jam apabila sebuah tiang elektik patah dirempuh oleh sebuah kenderaan awal pagi kelmarin.

Saksi iaitu Nasiman bin Men, 41, memberitahu beliau sedang menonton rancangan televisyen sekitar jam 1 pagi sebelum dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat dari luar rumahnya.

“Saya kemudiannya mendengar suara orang meminta tolong di kawasan jalan raya berhampiran dengan kediaman rumah saya ini sebaik sahaja mendengar bunyi detuman terbabit.

“Setelah bergegas keluar sebaik sahaja mendengar bunyi berkenaan, saya mendapati bahawa sebuah kenderaan Perodua Kenari berwarna hitam telah terbabas di seberang parit dengan mangsa terdiri daripada pasangan remaja lelaki dan wanita,” katanya.

Kenderaan Perodua Kenari terbabit kata Nasiman dipercayai telah terbabas dan merempuh sebatang tiang elektrik berhampiran kawasan Masjid Darul Hijrah berhubung kemalangan terbabit.

Orang ramai yang turut menyedari kejadian kemalangan berkenaan kemudiannya turun padang untuk membantu kedua-dua remaja terbabit yang telah terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

“Namun begitu kerana terlalu terkejut dengan apa yang berlaku, kedua-dua remaja berumur belasan tahun tersebut kemudiannya menghilangkan diri apabila pihak polis tiba,” katanya.

Sementara itu beberapa orang pengguna kenderaan dari kawasan Kampung Sageng pula mendakwa kenderaan terbabit mungkin dipandu terlalu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas di situ.

Tamat.

No comments:

Post a Comment