Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman meriahkan sambutan raya











Caption: UNTUK ALBUM...Sharifah (duduk tengah) ketika bergambar kenangan bersama kakitangan JKM Sri Aman dan tetamu khas pada majlis tersebut hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (23 Sept) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ia terbukti apabila JKM Bahagian Sri Aman telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di perkarangan jabatan terbabit bermula dari jam 9 pagi hari ini.

Majlis bermula dengan Penolong Pengarah JKM Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim dan Pegawai JKM Bahagian Sri Aman, Sharina Jeryim menyambut ketibaan para tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis itu.

Antara tetamu khas terbabit ialah Pengerusi Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Sri Aman, Abang Ganie Abang Haji Hassan, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, Sarjan Mejar Jeffery Unjie Enjah dan wakil dari persatuan serta jabatan kerajaan di sini.

Dianggarkan seramai 300 orang tetamu hadir bagi Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri di perkarangan JKM Bahagian Sri Aman itu sebelum ia berakhir pada jam 11 pagi.

“Pihak kita telah menyediakan pelbagai juadah makanan menarik kepada tetamu yang hadir di JKM Bahagian Sri Aman pada hari ini antaranya ialah rendang, ketupat, nasi impit, mee dan banyak lagi.

“Secara keseluruhannya sambutan Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran JKM Bahagian Sri Aman telah berlangsung dengan penuh meriah dan nyata menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum di daerah ini,” kata jurucakap majlis tersebut.

Beliau juga yakin bahawa Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri ini akan dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dan 1 Malaysia di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sri Aman.

Tamat.

ggaq � i � �� luan penting haiwan perosak berkenaan.

“Jika tertangkap, ia terpulang kepada budi bicara kita sendiri sama ada mahu membunuhnya atau tidak. Sama ada haiwan itu direndam dalam air, dijemur bawah matahari atau lain-lain cara ia terpulang kepada kita sendiri,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa tindakan membunuh dan menangkap Tikus Rumah ini tidak harus dianggap kejam oleh pihak lain memandangkan penyakit yang dibawa oleh haiwan terbabit boleh membunuh nyawa manusia.

“Justeru jangan beri muka kepada golongan haiwan ini jika ia hadir di kawasan kita. Saya tidak fikir anda mementingkan sifat belas kasihan terhadap haiwan perosak itu berbanding dengan keselamatan nyawa keluarga anda sendiri,” katanya.

Terdahulu Penyakit Leptospirosis mula mendapat perhatian ramai pada akhir bulan Jun tahun 2011 lalu apabila enam orang meninggal dunia disyaki dijangkiti Bakteria Melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Penyakit tersebut kemudiannya mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut manakala tiga lagi dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.

Tikus Rumah atau nama saintifiknya Rattus rattus mempunyai ciri warna kelabu di bahagian atas badan, berbulu kasar dengan bulu bahagian bawah badan berwarna kelabu kekuningan dan ekor berwarna kelabu gelap.

Tamat.

No comments:

Post a Comment