Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 September, 2011

Harden minta guru terus sokong Masir jadi MP Sri Aman pada pilihan raya akan datang


Caption: SERIUS...Harden ketika menyampaikan amanatnya pada perasmian Majlis Malam Mesra di sebuah hotel tempatan dalam bandar ini malam tadi.


SRI AMAN, Sabtu (12 Sept) – Warga pendidik di kawasan daerah Sri Aman diminta untuk menyokong sepenuhnya calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya parlimen akan datang.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata kemenangan BN di kerusi Parlimen Sri Aman pada pilihan raya parlimen akan datang adalah amat penting bagi meneruskan kesinambungan pembangunan pendidikan di kawasan ini.

“Saya amat berterima kasih kepada semua warga pendidik di kawasan Sri Aman kerana telah memastikan kemenangan saya di sini menerusi sokongan kukuh mereka pada pilihan raya negeri lepas.

“Justeru kali ini saya meminta warga pendidik menyokong Ahli Parlimen Sri Aman yang sedia ada sekarang iaitu Masir Kujat untuk terus mempertahankan kerusi parlimen milik Barisan Nasional (BN) itu pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra anjuran Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman di sebuah hotel tempatan dalam bandar ini malam tadi.

Harden menerusi majlis itu juga berharap kemenangan BN di kerusi Parlimen Sri Aman akan membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan untuk rakyat di kawasan ini dari masa ke semasa.

“Saya yakin dengan adanya kerjasama antara ADUN dan MP (Ahli Parlimen) BN di Sri Aman maka pelbagai projek penting dapat dilaksana oleh kerajaan dengan penuh lancar demi pembangunan hidup rakyat,” katanya.

Terdahulu Harden pada majlis itu mengumumkan geran peruntukan bernilai RM5,000 masing-masing untuk Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman, Majlis Guru Besar Zon Pantu, Majlis Guru Besar Zon Undop dan Majlis Guru Besar Zon Lingga.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat turut mengumumkan geran peruntukan bernilai RM5,000 untuk Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman menerusi majlis itu.

Turut berlangsung pada majlis berkenaan ialah Majlis Menyambut Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman yang baru iaitu Jamit Ajok bagi mengantikkan mendiang Walter Lamat Kiyai yang telah meninggal dunia sebelum itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment