Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2011

Gara-gara emergency break, 4 kereta terbabit dalam kemalangan di Temudok. Tiada cedera.

SRI AMAN, Isnin (12 Sept) – Satu kemalangan jalan raya telah dilaporkan berlaku di kawasan Bukti Temudok, Sri Aman dalam kejadian yang berlaku antara jam 6 hingga 7 pagi hari ini.

Kejadian kemalangan jalan raya terbabit telah melibatkan sejumlah empat buah kenderaan iaitu Iswara Aerobik, dua buah kenderaan Perodua Myvi dan sebuah kenderaan Perodua Viva.

Pemilik kenderaan Iswara Aerobik berkenaan ketika ditemui memberitahu beliau sedang mengekori sebuah kenderaan Proton Wira menuju ke Bandar Sri Aman ketika hujan renyai turun di kawasan ini.

“Bagaimanapun kenderaan Proton Wira terbabit telah memberi lampu isyarat secara mengejut dan membrek secara tiba-tiba untuk singgah di bahu kiri jalan sehingga memaksa saya membrek kenderaan secara mengejut.

“Kejadian mengejut ini secara tidak langsung telah menyebabkan kenderaan Perodua Myvi melanggar kenderaan saya dari arah belakang sebelum kenderaan itu sendiri dilanggar oleh sebuah kenderaan lain juga dari jenis Perodua Myvi,” katanya.

Sebuah lagi kenderaan Perodua Viva yang turut dalam perjalananan menuju ke pusat Bandar Sri Aman itu juga turut melanggar kenderaan Perodua Myvi kedua dalam kejadian itu.

Proton Wira yang dipercayai milik seorang pesara kerajaan di sini didakwa terus memecut segera dari lokasi kemalangan terbabit setelah menyedari berlakunya pelanggaran di antara keempat-empat buah kenderaan tersebut.

“Saya kemudiannya memandu terus kenderaan Proton Iswara Aerobik milik saya ke Balai Polis Sri Aman untuk membuat laporan berhubung kejadian kemalangan berkenaan,” katanya.

Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa ketiga-tiga kenderaan yang turut terlibat dalam kejadian kemalangan terbabit iaitu Perodua Myvi dan Viva telah dikenakan kompaun berhubung perkara terbabit.

Kemalangan jalan raya ini dipercayai tidak akan berlaku sekiranya pemilik kenderaan Proton Wira tersebut telah memberikan tanda lampu isyarat sekurang-kurang lima saat lebih awal sebelum berhenti di bahu jalan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment