Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 September, 2011

Enam peserta hadir sertai sesi uji bakat Baram Idol 2011 Musim Ke-2 di RTM Sri Aman

Caption: UJI NASIB...Inilah para peserta uji bakat Baram Idol Musim Ke-2 yang hadir di RTM Sri Aman bagi tujuan itu pagi kelmarin.


SRI AMAN, Isnin (19 Sept) – Seramai enam orang peserta telah menghadiri sesi uji bakat Baram Idol Musim Ke-2 2011 yang telah berlangsung di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman kelmarin.

Kesemua enam orang peserta ini hadir bagi menjayakan sesi uji bakat terbabit bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang walaupun sesi terbabit dibuka kepada penyertaan orang ramai sehingga jam 5 petang.

Mereka adalah Dian Connie dari Entulang Jalai, Ronald Julai (Selantik Pantu), Samie Apat ( Taman Desa Indah), Barbara Indun Saripah (Nanga San, Lubok Antu), Wee Teng Lai (Kampung Sri Wangi) dan Florence Flo (Sarikei).

Dian mempersembahkan lagu berjudul Anak Bujang Aya manakala Samie, Barbara Indun, Teng Lai dan Florence Flo pula masing membawa lagu berjudul Dara Bajik, Teguh, Bula Ka Danji, Teguh dan Terlalu Istimewa.

Pemangku Ketua Bahagian Rancangan Jabatan Penyiaran Sri Aman, Ruth Ampong ketika dihubungi berkata setiap lagu yang dipersembahkan oleh para peserta telah pun dirakam bagi tujuan itu.

Kesemua hasil rakaman terbabit menurut beliau akan dihantar ke Miri untuk tujuan tapisan sebelum para peserta yang layak dipanggil untuk menyertai Baram Idol Musim Ke-2 ini nanti.

“Justeru pihak RTM Sri Aman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap semua peserta yang telah hadir bagi menjayakan sesi uji bakat Baram Idol Musim Ke-2 2011 yang bermula kelmarin,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment