Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 September, 2011

Buah jering juga popular dikalangan orang Cina


Caption: MINAT...Chang sedang memotong dahan pokok jering di belakang rumah untuk mendapatkan buahnya di Simunjan baru-baru ini.


SIMUNJAN, Jumaat (9 Sept) - Pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan oleh semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba.

Ulam-ulam tradisional yang menjadi pilihan penduduk kaum Iban dan Melayu adalah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung.

Bagaimanapun biji jering yang dilabelkan oleh sesetengah pengemar ulam sebagai berbau turut menjadi kegemaran penduduk kaum Cina selain daripada penduduk kaum Iban dan Melayu itu sendiri.

Untuk itu Utusan Sarawak berkesempatan untuk menemubual seorang pengemar ulam jering berketurunan Cina dari Kampung Kesindu, Simunjan iaitu Foo Sek Chang berhubung perkara ini.

“Saya meminati ulam biji jering memandangkan ia adalah pembangkit selera makan terutama sekali ketika buahnya masih muda dan mudah dimakan atau dikunyah begitu sahaja.

“Biji jering ini boleh dimakan dengan pelbagai cara iaitu mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api,” menurut beliau.

Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang namun bagi peminat ulam tersebut kata Chang ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya.

Menurut beliau ada pengemar ulam yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk.

“Mungkin tidak ramai orang yang mengemari jering. Namun bagi saya dan keluarga, jering adalah ulaman yang perlu diminati sehingga pokoknya ditanam oleh saya dibelakang rumah pada masa sekarang,” menurut beliau.

Terdahulu Pokok jering atau nama saintifiknya Pithecellobium jiringa (Jack) Prain berasal dari keluarga Leguminosae iaitu besar dan rendang dengan daunnya berpasangan tanpa bulu.

Bunganya pula berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai panjang tetapi tidak lurus dengan ukuran lazim antara 20 dan 26 sentimeter (cm).


Kulit jering adalag tebal dan berwarna coklat tua sementara bijinya bersaiz besar lebih kurang tiga hingga lima sentimeter namun leper dan
sering tumbuh di kawasan hutan atau ditanam oleh penduduk kampung.

Tamat.

No comments:

Post a Comment