Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 September, 2011

Berhenti berfikiran negatif kata Harden kepada penduduk luar bandar


Caption: TERIMA KASIH...Harden (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan penyapu dan tong sampah dari pihak majlis (kanan) kepada Tr Encharang (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

Original Picture by PATRICK MICHAEL

SRI AMAN, Jumaat (16 Sept) – Rakyat Sri Aman perlu mengamalkan sikap lebih terbuka mulai sekarang jika ingin melihat kawasan penempatan mereka mengalami pembangunan lebih pesat di masa akan datang.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Progrom Gotong-Royong bertempat di Rumah Encharang, Nanga Klassen, Sri Aman baru-baru ini.

Katanya rakyat perlu merenung masa depan hidup generasi baru akan datang dan bukannya mengikut telunjuk kata sesetengah pihak tertentu yang bersikap anti kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Jangan terlalu berpandangan negatif terhadap pelbagai rancangan pembangunan yang ingin kerajaan laksanakan dalam kawasan penempatan mereka mahupun ia mencakupi aspek pertanian komersial, kemudahan infrastruktur, perhubungan dan bekalan asas.

“Kesemua ini kerajaan lakukan demi menaiktaraf hidup mereka. Jika mereka gagal bersikap terbuka maka ia boleh menggugat kemajuan hidup yang mahu dinikmati oleh generasi muda pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu Harden juga menasihatkan rakyat di kawasan luar bandar untuk lebih berdikari mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung masing-masing selepas ini.

Rakyat kawasan luar bandar katanya tidak harus menunggu tindakan pihak berkuasa tempatan memandangkan tahap kebersihan rumah panjang masing-masing perlu dijaga sepanjang masa.

“Justeru Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu bertindak lebih proaktif untuk melaksanakan pelbagai kempen kebersihan demi mengelakkan menularnya wabak penyakit berbahaya di kawasan masing-masing,” katanya.

Harden menerusi majlis berkenaan mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Encharang, Nanga Klassen manakala RM5,000 lagi untuk PIBG Sekolah Kebangsaan Nanga Klassen.

Progrom Gotong-Royong 2011 anjuran Majlis Daerah Sri Aman dengan kerjasama Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang ini turut dihadiri oleh Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi dan ahli MDSA yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment