Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 September, 2011

Bandar Sri Aman bakal miliki Dataran ( Town Square) dalam Fasa III Bandar Baru Sri Aman


Caption: SASARAN LOKASI...Kawasan Padang Lama KPSU Sri Aman bakal dijadikan sebagai tapak pembinaan Sri Aman Town Square dalam Pelan Fasa III Bandar Baru Sri Aman selepas ini.


SRI AMAN, Khamis (8 Sept) – Sri Aman bakal memiliki Dataran Bandar (Town Square) yang menghubungkan lokasi sukan di Padang Lama KPSU Sri Aman hingga ke Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman pada masa akan datang.

Bagaimanapun Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis ketika dihubungi berkata pembinaan Sri Aman Town Square terangkum di bawah Pelan Fasa II Projek Bandar Baru Sri Aman.

“Buat masa sekarang pihak kita telah pun selesai melaksanakan Pelan Fasa I Projek Bandar Baru Sri Aman yang merangkumi 40 buah unit lot kedai dan sebuah hotel bertaraf tiga bintang di kawasan Jalan Resak, Sri Aman.

“Kita akan melaksanakan Pelan Fasa II Projek Bandar Baru Sri Aman yang mencakupi 100 buah unit lot kedai dalam masa terdekat kelak sebelum pelan Fasa III dilaksanakan selepas itu,” katanya.

Sri Aman Town Square terbabit kata Harden akan membabitkan kerja pembinaan taman permainan, taman rekreasi dan taman bunga menerusi Pelan Fasa III Bandar Baru Sri Aman itu nanti.

Tanpa menyatakan kos dan tarikh sebenar bermula Pelan Fasa III itu nanti, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang yakin bahawa projek itu nanti bakal mengindahkan lagi kawasan Bandar Sri Aman di masa akan datang.

“Sri Aman Town Square akan dibina di atas kawasan sukan Padang Lama KPSU Sri Aman. Justeru saya berharap agar projek terbabit akan dapat mempertingkatkan lagi taraf pelancongan dalam bandar Sri Aman selepas ini,” katanya.

Dijangkakan bahawa gelanggang tennis, padang hoki, padang bola sepak, gelanggang bola keranjang yang terdapat di Padang Lama KPSU Sri Aman pada masa sekarang bakal dipindah ke lokasi baru bagi memberi laluan kepada projek itu nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment