Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 September, 2011

5 rumah ranap, 3 terjejas teruk di Rumah Johnson, Banting, Lingga akibat tanah runtuh





Caption:

1. MUSNAH...Beginilah keadaan kejadian tanah runtuh yang meranapkan lima buah rumah milik penduduk lalu merosakkan tiga buah lagi rumah yang lain di Banting, Lingga.

2. TINJAU...Masir sedang mendengar penerangan daripada seorang ketua kaum ketika meninjau tapak kejadian tanah runtuh di Rumah Merican, Banting, Lingga.

3. PRIHATIN...Masir (kiri) menyampaikan bantuan JKM Sri Aman kepada seorang mangsa (kanan) ketika meninjau tapak kejadian berkenaan.


LINGGA, Ahad (4 Sept) – Lima buah rumah ranap manakala tiga buah lagi terjejas teruk apabila hujan lebat menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Merican Johnson, Banting, Lingga sekitar jam 4 pagi kelmarin.

Lima buah rumah yang musnah dalam kejadian itu ialah milik keluarga Echeng Manju, Gan Manju, Pira Majang, Nelson Edward dan Ganda Rujis manakala tiga buah rumah yang terjejas terus adalah milik keluarga Merican Johnson, Paul Assan dan Daud Basi.

Sebelum berlakunya kejadian, dua daripada lima buah rumah yang musnah sedang dihuni oleh keluarga Echeng Manju dan Gan Manju manakala selebihnya yang dimiliki oleh Pira Majang, Nelson Edward dan Ganda Rujis pula adalah kosong.

“Hujan lebat mula turun sekitar jam 2 pagi. Sebelum berlakunya kejadian terbabit, keluarga Echeng dan Gan mula mendapati bahawa kediaman mereka mula menjadi semakin senget.

“Bunyi pergerakan tanah tidak dapat didengar kerana hujan lebat. Justeru keluarga Echeng dan Gan mengambil langkah segera untuk melarikan diri sebelum tanah runtuh meranapkan kediaman mereka dan tiga buah rumah jiran yang lain,” kata Tr Merican.

Kesemua dua buah keluarga termasuk tiga buah rumah yang terjejas terus diakibatkan oleh kejadian tanah runtuh ini katanya menginap buat sementara waktu di balai raya kampung berkenaan.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah turun padang untuk meninjau kawasan tanah runtuh di Rumah Merican Johnson, Banting begitu juga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman yang turut menghulurkan bantuan terhadap keluarga hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment