Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2011

Warga emas sebak terima kerusi roda


MASIH ADA YANG PRIHATIN...Seorang Warga Emas kelihatan sebak setelah menerima kerusi roda baru daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman menerusi Majlis Sumbangan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1432 H / 2011 yang berlangsung di Dewan Suarah, Sri Aman pada 16 Ogos lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri (kanan) telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kerusi roda kepada empat orang penerima pada majlis itu sambil disaksikan oleh Penolong Pengarah JKM Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim (kiri) dan wakil Pengarah JKM Sarawak, Joni Naruddin (tengah). Majlis yang diserikan lagi dengan majlis berbuka puasa itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat. - 18 Ogos

No comments:

Post a Comment