Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 August, 2011

TBS cawangan Sri Aman sampaikan bantuan kepada Umi



Caption: PRIHATIN...Shamsul (kanan) menyampaikan bantuan kepada Umi (kiri) ketika berlangsungnya majlis ringkas berkenaan.

ZUL ZAINAMI

TBS SRI AMAN

MELUDAM, Sabtu (20 Ogos) - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menghulurkan bantuan kepada Umi binti Bakar yang mengalami masalah kesihatan menerusi majlis ringkas yang berlangsung Kampung Maludam, Betong baru-baru ini.

Beliau mengalami masalah tidak dapat berjalan dan hanya mampu duduk di rumah disebabkan oleh penyakit tersebut.

Pengurus cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri Manap berkata pihaknya tampil memberikan bantuan kepada Umi setelah menerima maklumat daripada penduduk di Kampung Maludam.

Beliau yang hanya tinggal bersama suaminya bekerja sebagai penjaja kecil-kecilan bagi menampung kehidupan seharian.

“TBS sentiasa tampil untuk membantu penduduk yang dilanda kesusahan dan pihak kami telah pun menghulurkan bantuan berupa makanan hak asasi kepada Umi yang tinggal bersama suaminya iaitu penjaja kecil-kecilan demi menampung kehidupan seharian.

“Bantuan susulan akan disampaikan dalam tempoh terdekat untuk mengurangkan bebanan beliau,” katanya sambil menambah bahawa TBS sentiasa menunaikan amanah terhadap golongan penduduk yang amat memerlukan bantuan dan sebagainya dari masa ke semasa.

Justeru TBS kata Shamsul melahirkan rasa terima kasih kepada individu atau pertubuhan yang sanggup mengeluarkan zakat, sedekah dan wakaf bukan sahaja untuk kepentingan ibadah malah kepentingan penduduk Islam selama ini.

Hadir sama pada majlis ringkas berkenaan adalah amil Kampung Maludam iaitu Aron Jop serta jiran tetangga dan beberapa orang pegawai TBS cawangan Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment