Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2011

Sudah tiba masanya kawasan luar bandar Sarawak diberi lebih banyak fokus dalam Bajet - Masing


Caption: SELAMAT DATANG YB...Dr James sedang berjabat tangan dengan penduduk Sebangkie Panjai sambil diiringi oleh Nyalau (kanan) dan Masir (belakang) ketika tiba untuk merasmikan majlis itu.


LUBOK ANTU, Isnin (15 Ogos) – Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr James Jemut Masing berharap agar kerajaan menerusi bajet tahun ini memberi fokus terhadap penyediaan kemudahan dan pembangunan di luar kawasan luar bandar Sarawak.

Beliau berkata usaha terbabit adalah merupakan tanda terima kasih kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap penduduk dari kawasan luar bandar yang setia menyokong mereka selama ini.

“Usaha ini adalah amat perlu dari segi sebab politik memandangkan penduduk luar bandar Sarawak adalah merupakan tunjang kekuatan BN dalam mempertahankan kerusi kawasan luar bandar pada pilihan raya negeri atau parlimen milik selama ini,” katanya.

Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, Lubok Antu kelmarin.

Selain itu usaha terbabit kata beliau juga adalah amat penting memandangkan kawasan luar bandar agak ketinggalan dari segi infrastruktur dan ekonomi jika dibandingkan dengan kawasan bandar.

“Saya tidak mahu penduduk luar bandar jemu menanti usaha pembangunan di kawasan mereka selepas ini. Justeru saya berharap agar bajet kali ini memberi lebih fokus pembangunan di kawasan luar bandar Sarawak.

“Lagipun usaha ini secara tidak langsung akan dapat merapatkan lagi jurang pembangunan di antara kawasan dalam dan luar bandar Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan ketua kaum di sini.

Masing pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM7,000 untuk JKKK Sebangkie dan RM5,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan manakala Nyalau mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 untuk JKKK dan RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Turut diumumkan juga pada majlis itu ialah peruntukan RM5,000 oleh Masir kepada JKKK, RM3,000 dan RM9,000 daripada ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh kepada JKKK dan biro wanita rumah panjang itu, RM3,000 daripada ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa kepada JKKK dan RM2,000 daripada Ahli Dewan Negara iaitu Senator Sophia Dorris Brody kepada biro wanita rumah panjang berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment