Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 August, 2011

SK Nanga Tebat meriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2011



Caption:

1. BERJAYA...Para murid SK Nanga Tebat menunjukkan hadiah setelah memenangi pertandingan mewarna dan melukis poster kemerdekaan di situ.

2. SELAMAT HARI MERDEKA...Para murid SK Nanga Tebat mengibarkan bendera mini Jalur Gemilang ketika berlangsungnya program berkenaan.

Written by Jessica Nur Farhana

SK Nanga Tebat, Lubok Antu

LUBOK ANTU, Ahad (21 Ogos) – Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tebat, Lubok Antu telah memeriahkan suasana sambutan Bulan Kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik di sekolah mereka kelmarin.

Penolong Kanan Kokurikulm SK Nanga Tebat, Jessica Nur Farhana ketika ditemui berkata ia bertujuan untuk memberi ruang kepada para murid mencurahkan rasa kecintaan mereka kepada negara menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan.

Beliau yang juga Pengerusi Aktiviti Bulan Kemerdekaan SK Nanga Tebat berkata sambutan dimulakan dengan aktiviti mengarang esei bermula 18 Ogos lepas sebelum ia disambung dengan aktiviti perhimpunan khas.

Sebaik sahaja selesai perhimpunan khas katanya, para murid pra sekolah hingga Tahun 6 SK Nanga Tebat kemudiannya mengambil bahagian dalam Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster.

Murid pra sekolah dan murid tahun 1 hingga 3 jelas Jessica mengambil bahagian dalam Pertandingan Mewarna manakala murid Tahun 2 pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan.

Kesemua pemenang bagi pertandingan ini katanya telah menerima hadiah menerusi majlis yang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Nanga Tebat, iaitu Limsang @ Johin anak Juti.

“Ini amat selari dengan tema hari kebangsaan untuk tahun ini iaitu, “1 Maslaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, yakni mereka menampakkan keharmonian di dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.

“Justeru diharapkan agar para murid SK Nanga Tebat dapat memahami betapa tingginya nilai kemerdekaan yang wajar untuk mereka hargai dengan tidak ada batas waktu yang boleh menghalang mereka untuk menunjukkan semangat cintakan negara selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment