Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2011

Sertai Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan 2011 hingga 31 Ogos ini!


Caption: JANGAN LEPASKAN PELUANG! Penduduk di Sri Aman dipelawa untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Merdeka bermula sekarang sebelum ia tamat pada 31 Ogos ini.


SRI AMAN, Khamis (18 Ogos) – Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini telah disemarakan lagi apabila Jabatan Penerangan Malaysia menganjurkan Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini Bojeng menerusi siaran beritanya berkata Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 ini telah bermula semenjak 1 Ogos lalu dan bakal berakhir pada 31 Ogos kelak.

“Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Sri Aman tidak terkecuali untuk dipelawa bagi menyertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 yang bakal berakhir pada hujung bulan ini,” menurut beliau.

Sejumlah tujuh buah kategori katanya telah dipertandingkan bagi tujuan itu antaranya ialah Bangunan Kerajaan, Bangunan Swasta, Kampung Tradisi / Kampung Baru Cina / Estet / FELDA, Sekolah (Menengah, Kebangsaan, Jenis Kebangsaan), Taman Perumahan, Individu (Kediaman / Kenderaan) dan Pintu Gerbang.

Skuad Ceria Merdeka iaitu sebuah jawatankuasa panel penilai kata Saini akan menjelajah ke seluruh negara untuk melihat dan menilai daya usaha serta kreativiti kawasan / premis untuk dicalonkan sebagai pemenang.

“Kriteria penilaian adalah berdasarkan kepada aspek kreativiti, aspek daya tarikan dan aspek nilai tambah. Justeru semua pihak di Sri Aman digalak untuk tidak melepaskan peluang bagi menyertai pertandingan ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa Juara Kategori Bangunan Kerajaan akan memperolehi hadiah wang tunai bernilai RM3,000, Bangunan Swasta (RM3,000), Kampung Tradisi / Kampung Baru Cina / Estet / FELDA (RM10,000), Sekolah (Menengah, Kebangsaan, Jenis Kebangsaan) RM5,000, Taman Perumahan (RM10,000), Individu (Kediaman / Kenderaan) (RM2,000) dan Pintu Gerbang (RM5,000).

“Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat Penerangan Sri Aman atau Pusat Maklumat Rakyat di sini untuk tujuan mendapatkan borang serta pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment