Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2011

Sertai Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah di Pusa dan Maludam bermula 2 September ini!


SRI AMAN, Isnin (22 Ogos) - Kelab sukan Komuniti Beting Maro bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Belia 2011 pada 2 hingga 3 September ini bertempat di Padang Bola Sepak Pejabat Daerah Kecil Pusa.

Jurucakap penganjur iaitu Mohammad Sarbini menerusi siaran akhbar memberitahu ia merupakan satu usaha kelab untuk merapatkan golongan generasi muda dengan masyarakat setempat disamping memenuhi ruang ketika berlangsung cuti perayaan Aidilfitri kelak.

“Untuk tujuan borang penyertaan dan syarat – syarat pertandingan, mereka yang berminat boleh menghubungi Ameran Haji Drahman menerusi talian 013-8445659 atau Mustapha Gempek di talian 014-8986733.

“Hadiah berupa wang tunai, piala dan medal akan menanti pasukan tempat pertama hingga keempat. Oleh itu belia dan remaja dari kawasan Dewan Undangan Negerui (DUN) Beting Maro diundang untuk menyertai pertandingan ini,” katanya.

Selain itu turut bakal diadakan kata Mohammad adalah Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Meludam 2011 yang akan berlangsung di Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kampung Maludam, Betong pada 3 hingga 4 September kelak.

Pertandingan anjuran Jawatankuasa Pengurusan Gelanggang Futsal 1 Malaysia bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak itu juga bertujuan untuk menyemai minat anak muda dalam sukan Futsal.

“Disamping pertandingan ini juga bertujuan untuk mempromosikan penggunaan gelanggang Futsal yang telah disediakan pihak Kementerian Belia dan Sukan di seluruh negara pada masa sekarang.

“Mereka boleh menghubungi Haji Aidie Haji Jemat menerusi talian teelfon 014-8801663 untuk tujuan mendapatkan borang penyertaan dan juga syarat – syarat pertandingan berkenaan,” menurut beliau.

Dengan hadiah berupa wang tunai, piala dan pingat disediakan kepada pasukan pemenang tempat pertama hingga keempat, para belia dan remaja dari kawasan Maludam, Triso, Beladin, Samarang, Sepinang, Pusa serta kawasan sekitarnya dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment