Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 August, 2011

Saya sedia defend kerusi Parlimen Lubok Antu - Nyalau


Caption: TERIMALAH...Nyalau (dua kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang tuai rumah dalam maljis itu. Turut kelihatan Dr Rayong (tengah) dan Brayan (dua kiri)


ENGKILILI, Rabu (3 Ogos) - Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak telah menyatakan kesediaan bagi mempertahankan kerusi yang disandang olehnya jika diberikan peluang untuk berbuat demikian pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Nyalau berkata bersedia untuk mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P.203 Lubok Antu sekiranya dicalon semula untuk mempertahankan kerusi terbabit.

“Saya sentiasa bekerja keras selama ini. Buktinya ialah saya telah menghadiri sebanyak enam buah majlis selama lima hari berturut-turut sebelum ini demi meninjau masalah rakyat dalam kawasan Parlimen Lubok Antu,” katanya.

Antara majlis terbabit katanya ialah Majlis Merarau SK Menjuau, Majlis Perasmian Macro Hidro, Spaya di Ulu Engkari, Penyerahan Cek Bantuan Pulih Rumah dan Injin Sangkut di Kampung Melayu Engkilili.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Kesyukuran sempena Kemenangan Dr Johnnical Rayong Ngipa pada pilihan raya Umum DUN Sarawak Ke-10 di Rumah Gelayan Tanjong, Batang Ai Hilir, Engkilili baru-baru ini.

Nyalau turut menambah bahawa kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat menyebabkan beliau tidak jemu-jemu untuk meninjau masalah di kawasan mereka dari masa ke semasa.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian Pengaliran Dan Saliran (JPS) Sri Aman, Irwandee Reduan, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Engkilili, Brayan Lenya, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh, Pembantu Penerangan Jabatan Penerangan Sri Aman Denis Tandat dan ketua kaum di sini.

Terdahulu BN menerusi calonnya iaitu Nyalau telah memenangi kerusi Parlimen P.203 Lubok Antu setelah berjaya menewaskan calon Bebas, Nicholas Bawin Anggat dengan kelebihan 1,610 undi pada pilihan raya parlimen 2008 lepas.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah upacara penyerahan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) bernilai RM401,500 kepada 803 keluarga dari 41 rumah panjang di kawasan Batang Ai Hilir yang disempurnakan oleh beliau dan ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Tamat.

Tamat…

1 comment: