Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2011

Satu bandar satu produk pelancongan - Mong


Caption: TERIMALAH....Mong (kiri) menyampaikan sijil kepada Jack (kanan) sambil disaksikan oleh Jonathan (kiri sekali), Rahman (tiga kiri) dan Felicia (kanan sekali) pada majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (5 Ogos) – Setiap bandar dalam negeri ini harus memberi fokus untuk mempromosikan hanya satu produk pelancongan paling utama selepas ini kata Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan, Mong Dagang.

Ini kerana tindakan mempromosi terlalu banyak produk pelancongan dalam sebuah kawasan bandar itu kata beliau hanya akan menyebabkan pihak terbabit memperoleh hasil yang kurang memberangsangkan.

“Semua pihak sedia maklum bahawa beberapa bandar dalam negeri ini mempunyai produk pelancongan paling utama pada setiap tahun antaranya ialah seperti Regatta Sarawak di Kuching, Pesta Benak (Sri Aman), Pesta Kaul (Mukah) dan sebagainya.

“Promosikan hanya satu produk paling penting bagi sebuah bandar. Jika terlalu promosi terlalu banyak (produk pelancongan) maka hasil yang akan dapat selepas itu ialah sifar (merugikan),” katanya.

Mong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jasamu Dikenang, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 Pentadbiran Bahagian Sri Aman, Majlis Penghargaan Pesta Benak Sri Aman 2011 dan Majlis Berbuka Puasa di Rumah Sri Aman petang kelmarin.

Selain itu beliau juga meminta ketua kaum di kawasna Sri Aman untuk menasihat penghuni kampung masing-masing agar menyumbang barangan antik kepada pihak Museum Sarawak selepas ini.

“Orang Iban khasnya yang memeluk agama Kristian atau Islam kurang cenderung untuk menyimpan barang antik seperti tajau, gong dan sebagainya di rumah masing-masing pada masa sekarang.

“Barangan antik terbabit tidak harus dibuang. Adalah baik ia diserahkan kepada kita untuk dipamerkan di museum atau di Kubu Alice yang bakal diubahsuai menjadi sebuah museum sejarah budaya selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Jonathan Lugoh, Residen Bahagian Kuching, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan dan Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat.

Terdahulu menyaksikan seramai lapan orang kakitangan kerajaan telah menerima APC 2010, 30 orang menerima sijil Perkhidmatan Cemerlang, tiga orang menerima sijil penghargaan kerana pindah tugas dan tiga orang menerima sijil penghargaan kerana bersara.

Tamat.

No comments:

Post a Comment